Wednesday, August 29, 2012

prep

In the name of Allah...
ok lets write more serious posts.

after what had happened happened, i went immediately to find the magic pink book by pak cah; 'di jalan dakwah aku menikah'. First encountered the book in 2007, was not interested in it until very recently. And I think it did me good, i.e. to read it only when you have keperluans. Otherwise, it would just create angan-angan panjang, whilst we have so many other things to strive on (misi UA, etc).

The book is really practical. And amongst the things that I find extremely useful are:

  • do a SWOT analysis whether or not you should accept a candidate at that time
  • enhance your financial management skills, by practising on keeping a good record of your spendings and incomes
  • enhance your social skills, as when you get married you have to be able to independently interact with the society, no more berkepit with parents at social gatherings.
  • berlatih untuk jaga rahsia


Tuesday, August 28, 2012

men are from mars, women are from venus


Tips Bila Tetamu Tidak Di Undang Datang Beraya

Biasanya waktu petang bulan shawal, “hang-over hari raya” masih terasa, terutama sekali waktu hujung-hujung minggu, isteri kita akan lebih kreatif menyediakan kueh-mueh pemanis mulut untuk menyerikan lagi suasana "family-gathering" meminum petang bersama-sama dengan anak-anak kita. Tengah kita relek bersantai bersembang-sembang dengan isteri dan anak-anak yang berlonggok di hadapan tv itu, tiba-tiba terdengar laungan "Assalamualaikum!" sambil pintu diketuk dan disambung dengan ungkapan, “kami nak rayaaa!”.

Dengar sahaja salam itu, kita pun bangun terus ke dalam bilik mencapai baju kerana tadinya hanya berkain pelikat sahaja dan meluru ke depan terus menyambut salam dengan muka yang manis dan terus mempelawa sahabat dan angkatan keluarganya masuk ke dalam rumah. Disebabkan kedatangannya ini tidak diberitahu dari awal, maka sudah pastilah keadaan bilik tu agak kelam kabut sedikit. Sempat jugalah isteri dan anak-anak kita yang dah matang tu menghempas pulas menyorok, mengemas, melonggok dan membaling apa-apa yang patut demi menyenangkan mata tetamu yang memandang itu.

Gelak ketawa rianglah kita dengan tetamu itu bersembang dari satu tajuk ke tajuk yang lain. Jelas berputik sudah ukhuwah antara kita dengannya kerana dah lama tak bertemu.. Kita sama-sama bersyukur atas kunjungannya dan kita pula berjanji akan menziarahinya apabila ada yang waktu lapang buat kita dan keluarga nanti.

Sedang rancak bercerita, anak kita yang sulong itu pun memberikan isyaratnya dari pintu dapur yang kita sendiri telah maklum akan maksudnya. Kita pun meminta permisi dari tetamu dan terus ke dapur mengambil minuman dan kueh yang tersiap disusun rapi di atas talam (bagi yang ada trolley tu, dah ready untuk di tolak) untuk dibawa ke depan.

Disebabkan rancaknya perbualan hinggakan licin habis kueh yang dihidang. Malah kita yang pemurah ini pula bergegas ke dapur menambah kueh yang telah hampir-hampir licin. Apa lagi apabila mendapat pujian dari sahabat kita yang kita ni bertuah mendapat isteri yang pandai memasak kueh yang sedap itu. Waktu hampir-hampir nak maghrib, barulah nada perbualan kita pun bertukar ke sesi kesimpulan dan masing-masing berjanji untuk bertemu lagi di waktu-waktu yang sama masa depan.

Kita pun terasa puas apabila sahabat kita tadi telah pulang dan terasa benar pahala telah kita perolehi kerana telah melayan tetamu dengan sebaik mungkin. Kita pun dengan hati yang seronok menceritakan kepada isteri tentang isi perbualan, perangai baik-baik sahabat kita ini tadi, dan pelawaannya menziarahinya. Tetapi kali ini isteri kita tu macam layan tak layan aje. Seolah-olah dia tidak restui pulak kedatangan sahabat kita tadi. Mulalah hati kita ini naik risau nak pelawa rakan-rakan lain datang ke rumah kita. Malah ada yang dikalangan kita yang takut nak pelawa tetamunya masuk ke rumah. Dia hanya melayan rakan-rakan tadi di pintu dan mana-mana yang ada bangku atau tunggul batu di tepi pagar tu, akan mempelawa tetamunya itu duduk di situ sahaja. Sampailah tetamu tu balik. Serik nak ajak ke dalam sebab isteri dah semacam tak enjoy bila kawan-kawan kita datang.
Mengapa boleh terjadi demikian?

Dari sudut melayan tetamu tadi, memang boleh diakui, kita telah mendapat pahala yang banyak. Tapi kita juga terlupa yang pahala itu juga telah sepatutnya diperolehi oleh isteri kita di dapur tu. Tetapi kalau isteri telah bermasam muka sebaik saja tetamu kita itu beredar, maka sudah pasti pahala untuknya terlepas begitu sahaja.

Bagaimana pula isteri kita tu boleh bermasam muka?

1. Dia terasa teramat malu jika tetamu masuk ke rumahnya terutama sekali ruang tamunya yang keadaannya bersepah lintang pukang tidak tersusun. Kredibilitinya sebagai seorang isteri yang baik akan dirasainya hilang. Dia mula akan menyalahkan tetamu itu dan mungkin juga kita kerana tidak memberitahunya lebih awal. "Telefon dan e-mail kan ada, mengapa tak beritahu!", fikirnya.

2. Tetapi bagi kita sang suami ini, tidak kisahkan sangat keadaan bersepah itu. Kita punya anggapan bahawa keadaan ini menunjukkan betapa sibuknya kita dan aktifnya anak-anak kita bermain di dalam rumah kita tu. Lebih banyak sepahnya, lebih aktiflah anak kita tu. Bertambah megahlah kita nak bercerita tentang kenakalan anak-anak kita tu. Ada harapan jadi "Power Rangers" atau yang lebih Islamik tu, menjadi macam "Khalid ibnul Walid - pejuang Islam yang terbilang tu".

3. Bila tetamu kita balik, kita pula menceritakan tetang kehebatan sahabat kita tadi. Terlupa kita akan kehebatan isteri kita sendiri yang berkorban tidak menyentuh kueh tadi kerana semata-mata melayani tetamu kita yang juga menjadi tetamunya. Dilarang pula anak-anak kita memakan kueh tadi semasa di dapur, sebab takut-takut kita akan meminta lagi, sedangkan kueh itu dibuat sedikit hanya untuk keluarganya sahaja. Dan memang benarlah sangkaannya, apabila kita meluru kali kedua ke dapur bertanyakan kueh itu lagi.

Oleh itu suami-suami yang dirahmati Allah!

1. Apabila tetamu datang secara mengejut, kita hendaklah menyambutnya diluar pintu dahulu dan menantikan isyarat dari isteri membenarkan kita masuk apabila dia telah selesai menjalankan tugas "mission impossible"nya itu.

2. Jangan pula kita melayan tetamu kita itu di luar rumah sahaja. Ini juga akan mengecilkan hati isteri kita. Dia juga inginkan pahala di atas kunjungan tetamu kita itu. Melainkan kita tahu isteri kita itu tidak bersedia atau sakit.

3. Pandai-pandailah kita mengawal suasana jika kita sendiri tahu yang kueh yang dihidang itu tinggal sedikit atau ke dapurlah kita bertanyakan dahulu kepada isteri kita. Pendekatan ini lebih selamat. Ia tidak akan memalukan tetamu kita dan juga isteri kita.

4. Sebaik-baik sahaja tetamu itu beredar, kita hendaklah ke dapur dan mengangkat cawan dan piring kosong itu ke singki. Kalau yang rajin sikit tu, teruslah basuh semua piring dan cawan yang digunakan tadi. Paling kurang ialah kita ucapkan "Terima kasih Darling, kerana menolong abang menyediakan minuman dan kueh untuk tetamu abang tadi." Yang lebih syahdu lagi hendaklah ditambah, "Semoga usaha kita tadi mendapat pahala dari Allah SWT".
Jika beginilah amalan kita, pasti isteri kita akan berkata, "Nanti kalau dia datang lagi, kita buat laksa Kuala Perlis nooo!"

Cubalah!

Ahmad Shafiai Uda Jaafar
(Pak Utih)Mobile: 019 336 0522 Dean Faculty of Education and Human Development"Helping Boys Nurturing Girls in Early Childhood Education"Kolej UNITIPasir PanjangPort Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia
www.uniti.edu.my

shared by Ikram Johor



in the name of Allah, the most Merciful, most Graceful,

antara isu yang timbul bila buat dakwah, is financial problems. timbul satu idea, untuk sentiasa jual beli sesama ikhwah akhawat, supaya bagi keuntungan kepada sesama kita, dan akhirnya duit pusing sekitar itu sahaja. 

never thought could apply it in weddings too. 

ini website, akhawat yang punya. hoyeah sgt kool! ^_^ provides services for hantarans and doorgifts
http://tasneem.com.my/ 
blame me not, terlalu banyak walimah akhawat lately. 
"nak setuju, kena ada sebab dan tujuan yang jelas, kenapa setuju. nak tolak, pun kena ada solid reason, yang kukuh dan bukan tak matang"

#khitbah

Sunday, August 26, 2012

common-courtesy

bismillah,

some people just do not have courtesy for others. or even, common sense. It is just so unthinkable that an akh would just stone-heartedly bill another akh's credit card, in a large amount, when the owner of the CC was just recently struck by a tragedy, and other ikhwah are struggling to raise fund for the said akh (the owner of the credit card). And the irresponsible billed it so high, exceeding the card limit, that the owner had to clear it first before using it to pay for the 'tragedy'.

And let me translate to you what this means: The card owner had to pay for the irresponsible's expenses, on top of what happened to him, and it was at the very moment when he crucially needs money, which the irresponsible was aware of. And the irresponsible's expenses happened to be MORE than what other ikhwah could collect, (which was a LOT, may Allah bless them for their effort), and that, doubles the blow.

When the card owner went to the irresponsible and asked for his rightful money, the irresponsible simply said, without apologizing, 'can you postpone making payments? I don't have any money'. When was the irresponsible planning to tell the CC owner that he had no money to pay the owner back??? Why didn't the irresponsible have enough courtesy to tell that to the owner BEFORE using the card? Isn't it just common sense to inform him beforehand that it wasn't merely a case of 'pinjamcreditcardkauakunakbayarsomethingonline' but also to borrow money? That way, he can judge and decide whether he can afford the headache. Isn't it just a fair thing to do?

Even if the billed money was used for da'wah purposes, maklamat tak halalkan cara, akhi.

And after more than half a year, the credit card owner still have not heard about any plans on making payments, or even a mention of what happened. Not even an apology, when the owner had to fork out his parents' money to pay for the tragedy he didn't ask for.

The CC owner have long ago stopped expecting for any payments, but you, dearest akhi, please STOP 'borrowing' from others, especially when you have no plans on how and when to pay them back. PLEASE, right now, go and pay ALL your debts. Please. You get monthly paychecks, how can you have the heart to even spend and buy more 'da'wah needs' when you still have debts from before? Please go and check your awla/priorities.

To have courtesy on others, is what I see lacking in almost all 'anak bongsus' or anak tunggal. To be precise, in every anak bongsus/tunggals I've known, except one.

May my adik-adik bongsus, adik-adik yang anak tunggal, and my future children will all be protected from this sifat mazmumah.