Bila orang kata selamat menjadi isteri kedua jika mengahwini daie atau mujahid, saya ingat itu hanya mainan bahasa, poyo semata.
Bila ada ukhti meminta maaf (publicly) kerana belum bersedia membenarkan zaujnya ke palestin, saya tak faham kenapa dia tidak merelakan. bukankah itu cita-cita ulung semua?
Bila orang sanjung-sanjung khansa ra, kerana menghantar kesemua anaknya pergi berjihad, saya tidak merasakan itu big deal atau pengorbanan besar.
Kini faham. Istilah isteri kedua itu, bukanlah hanya mainan bahasa. Weekend, waktu cuti, yang mungkin sebagai manusia biasa kita mahu spend dengan orang tersayang, akan dicemburui dakwah. Akan dicemburui keperluan ummah. Berapa ramai asatizah yang terpaksa berjauhan dengan family beberapa minggu, kerana dihantar mengisi daurah di luar negara? Dan kalau dalam negara pun.
Moga allah terima pengorbanan kita. Dan sakeenah itu bukan pada bilangan jam yang diluangkan bersama, tetapi rasa cukup yang Allah letakkan. Have never felt this rahmah and mawaddah before.
This is a testimony how much I heart you, zauji.
'Ala kulli haal, jazakumullahukhairankatheera kepada ikhwah akhawat yang memahami, membantu, dan meng-accommodate.