Anti-BM
Mungkin akan ada yang alergik atau tak 
suka bila dibicara mengenai baitul muslim. Tak kurang juga yang 
mengomel, “Sikit-sikit BM. Sikit-sikit BM. Itu je yang ikhwah tahu.” 
<sambil buat muka muncung>
Tak kisahlah apa yang nak dikata. Posting
 ini lebih kepada perkongsian dan pengalaman dakwah yang boleh kita 
muhasabah bersama. Kalau-kalau ada yang pernah merasainya, atau sedang 
berhadapan dengannya.
Pernah suatu ketika dahulu, saya pernah dimomokkan tentang satu frasa.
“Kahwin ini adalah alat untuk dakwah. Kalau kahwin akan melambatkan dakwah, tak payah kahwin.”
Ungkapan yang direct. Ada benarnya. Tapi 
acap kali disalah guna. Konflik alat dan matlamat sering kali dijadikan 
modal murobbi untuk mematikan hujah mutarobbi.
“Enta nak BM ni, amal qowiyy ke amal 
dhoif?. Kalau melambatkan dakwah, jadi amal dhoif. So, tak payah 
kahwin.” Ulas Sang Murobbi bila mutarobbi menyatakan hasrat untuk berBM.
Murobbi Yang Tidak Supportive Dalam Urusan BM
BM ini urusan yang sangat peribadi. Sang 
Mutarobbi hanya akan luahkan hasrat hendak berBM kepada yang dekat 
dengannya saja. Idealnya, yang paling dekat dengannya haruslah Sang 
Murobbi.
Penyakit kita hari ini, murobbi cenderung
 untuk tidak mengulas tentang BM, sama ada dalam taujihat mahupun 
muayasyah dengan mutarobbi. Apatah lagi sekiranya murobbi itu sendiri 
belum berBM.
Setiap kali diluahkan hasrat untuk berBM,
 Sang Murobbi mula mengalih topik atau mematikan luahan tersebut dengan 
hujah-hujah ‘alat vs matlamat’. Akhirnya, Sang Mutarobbi putus asa, 
melupakan hasrat atau mula mencari-cari calon pasangan di luar.
Akhirnya, Sang Murobbi melabel Sang Mutarobbi – tidak meyakini fikrah, cair, kalah dengan godaan dunia dan macam-macam lagi.
Murobbi Tak Ditsiqahi 
Ada mutarobbi yang tidak tsiqah dengan 
murobbi bila tiba bab BM. Mereka cenderung mencari ‘orang lain’ untuk 
mengurusi urusan yang besar ini. Boleh jadi yang dirujuk itu ‘orang 
dalam sistem’, boleh jadi juga yang ‘diluar sistem’.
Kenapa agaknya terjadi begini? Boleh jadi
 kerana murobbi tidak pernah bertanyakan tentang hasrat si mutarobbi. 
Boleh jadi, si murobbi seringkali mengulang-ulang point yang berbaur 
‘anti-BM’ dalam taujihat-taujihatnya. Boleh jadi juga, si murobbi, bila 
dibicarakan tentang BM, mula berkerut muka, menunjukkan reaksi kurang 
senang dan menyampah. Muhasabahlah.
Ana pernah mengenali seorang akhowat dari
 Indonesia yang belum berBM, tapi ilmunya tentang BM sangatlah hebat. 
Seolah-olah telah berkahwin bertahun-tahun. Nah, inilah contoh 
murobbiyah yang ditsiqahi untuk menguruskan perihal BM mutarobbinya.
Janganlah sebab kita belum berBM, kita patahkan harapan mutarobbi kita untuk berBM. Tak bagi langkah bendul agaknya.
Tak Serius Bila Bicara Tentang BM
Ada juga penyakit usrah hari ini, tatkala
 bicara mengenai BM, akan diselit gelak tawa dan gurauan yang melampau. 
Seolah-olah hal itu bahan basahkan gusi. Gosip da’i barangkali. Lama 
kelamaan, elemen kedua dalam marotib amal ini dipandang tidak lebih dari
 sekadar penghidup suasana. Dalam usrah dan daurah yang penuh 
keseriusan, bila dibuka topik BM, semua mula ‘hidup’ dan tidak 
semena-mena menjadi hyperaktif.
Murobbi Yang Melambat-lambatkan Proses BM
Zaman sekarang semuanya mudah. Dengan 
adanya email, FB, skype, smartphones, tablets dan macam-macam lagi, 
seharusnya urusan BM ini menjadi lebih pantas dan tangkas. Malang bagi 
sesetengah mutarobbi apabila murobbinya mengambil enteng urusan ini. 
Sudah diamanahkan menjadi orang tengah, namun bermudah-mudah dalam 
menyatukan dua jiwa. Borang BM yang dipohon ambil masa sehingga 2-3 
bulan untuk siap dihantar. Emel tidak dibalas. Skype tiada respon.
“Afwan akhi. Ana tak sempat lagi nak 
contact murobbiyah akhowat tu. Afwan sangat-sangat. Ana tengah sibuk 
uruskan program itu dan ini. Nanti kalau dah dapat, ana beritahu 
enta.” Alasan biasa seorang murobbi atau mas’ul. Dua tiga bulan berlalu,
 masih tiada berita.
Gimana sih?
Usrahmates Yang Anti-BM
Boleh jadi juga, penyakit ini bukan 
melibatkan murobbi tapi ahli usrah (usrahmates) yang tidak supportive 
dalam urusan ini. Tambah-tambah lagi bila diri sendiri belum berBM atau 
ada sentimen anti-BM. Penyakit ini amat bahaya dalam tarbiyyah usrah 
itu.
Pabila salah seorang ahli usrah cuba 
curhat tentang hasrtanya hendak berBM, usrahmates yang lain mula membuat
 muka atau lebih teruk lagi, meninggalkan liqo’ serta-merta. Dengan 
alasan ke toilet. Seolah-olah, menyampah benar dengan terminologi BM 
ini. Bukankah ia salah satu tangga dalam rukun amal kita?
Mungkinkah sikap ini lahir dari perasaan 
hasad kita terhadap usrahmates? Atau kerana kita sendiri memang ada 
pemikiran, kahwin ini melambatkan dakwah? Atau kerana kita takut, bila 
usrahmates kita sudah berBM, dia akan meninggalkan kita dan meluangkan 
lebih banyak masa dengan bakal suami/isteri? Atau mungkin kita sendiri 
memang ada perasaan anti-BM?
Kalau ada, cepat-cepatlah rawat.
BM Urusan Yang Mengubah Kehidupan
Ikhwah dan akhowat yang dirahmati Allah, 
ketahuilah bahawa urusan pernikahan ini adalah sebuah urusan yang sangat
 besar. Ia adalah turning point penting dalam perjalanan kehidupan 
seseorang manusia. Urusan yang besar ini tidaklah mudah untuk diurusi 
seorang diri. Perlunya sokongan dan dokongan daripada murobbi dan 
usrahmates yang katanya meyakini jalan dakwah ini.
Jika dibiarkan ikhwah/akhowat menanggung 
beban mengurus urusan BM seorang diri. Di mana letaknya rukun usrah yang
 kita war-warkan sebelum ini – taaruf, tafahum, takaful.
Benarkah Kahwin Melambatkan Dakwah?
Sebelum memutuskan untuk berBM, ana 
pernah bertanya beberapa orang qudama’ yang telah lama dalam dakwah 
tentang persoalan ini. Soalan ana jelas, “Macam mana nak tahu kita 
kahwin ni akan melambatkan dakwah, atau melajukan dakwah?”
Jawapan daripada para qudama’ yang ditanya ringkas tapi menjurus kepada maksud yang sama.
“Mana enta tahu kahwin tu akan melambatkan dakwah. Enta kahwin pun belum lagi.”
“Apa soalan enta tanya ni? Kalau dah rasa nak kahwin, dah cukup semua, kahwin je.”
“Mana ada neraca yang boleh ukur benda ni akhi. Enta BM je dulu. Lepas tu baru tahu.”
“As long as enta maintain dalam dakwah, BM ni pasti akan melajukan dakwah.”
Dengan tidak semena-mena, ana terus membuang jauh-jauh ungkapan yang ana pegang selama ini.
“Kalau kahwin melambatkan dakwah, jangan kahwin.”
Sebaliknya, ana gantikan dengan;
“Berkahwinlah. Sesungguhnya dengan 
berkahwin itu, kita mengamalkan sunnah dan menyelesaikan separuh dari 
agama. Termasuklah daripada agama itu ialah dakwah”
 
No comments:
Post a Comment