Pak Utih | Lelaki Tak Faham Bahasa Perempuan
Lelaki tak faham bahasa perempuan. Memang benar sebab lelaki guna software lain untuk mentafsirkan ungkapan dan wanita pula menggunakan software lain menghantar bahasa.
Contoh, wanita menggunakan Word menghantar mesej kepada lelaki dan
lelaki pula menggunakan PowerPoint menerima mesej itu. Lelaki akan copy
dan paste Word dalam slides PowerPointnya. Oleh itu, kalau dia silap
paste, pastinya makna dan tujuannya lari dari asal.
Kedua, otak
lelaki ini analoginya seperti 'berkotak-kotak'. Kalau dia cakap satu
perkara, dia menggunakan satu kotak yang di dalam kotak itu hanya ada
satu isu atau tajuk itu sahaja. Berlainan dengan otak perempuan yang
macam laksa, berjela-jela dan berkait-kait antara satu dengan yang lain.
Oleh itu, kalau nak cakap dengan lelaki, mesti beritahu awal-awal tajuk
apa nak cakap supaya dia boleh mempersiapkan idea ataupun kotak apa
yang dia akan pakai. Seperti contoh dalam situasi anda (perempuan)
meminta dia untuk membelikan ais krim. Dalam situasi ini, lelaki
biasanya memerlukan soalan yang 'direct'. Akhirnya, mengapa dia respon
kepada "aihhh dia ni nak habiskan duit aku la tuuu" sebab mungkin semasa
anda nak ais krim itu, otak dia sedang menggunakan kotak duit, jadi dia
teruslah respon pasal duit dia. Oleh itu, tenang sahaja dan terangkan
kepada dia, yang anda hanya nak makan ais krim. Supaya dia sedar dan
terus tukar kotak otaknya."
Untuk makluman anda, kebanyakan
lelaki pulang ke rumah, semua otaknya dia OFF-kan melainkan otak kotak
MAKAN - MAIN - TIDUR. Oleh itu, jika nak minta dia tolong bantu kerja
rumah atau nak sembang-sembang, maka anda hendaklah 'alert' dia dulu
dengan menyatakan kehendak pertolongan itu dan 'relax' dan sabar dan
biarkan dia yang menentukan masa bila dia nak tolong, sama ada selepas
MAKAN atau selepas MAIN atau sebelum TIDUR. Puji jika dia dan buat kerja
itu dan terus kasi hadiah.
Selamat mencuba!
Pak Utih, Ahmad Shafiai Uda Jaafar
Sumber: ratuhati.com
No comments:
Post a Comment