Ia tidak semudah yang 
disangkakan. Sebuah perkahwinan bukan sekadar pertemuan 2 belahan pinang
 bagi memuaskan kehendak biologi mereka, atau menjadi perhiasan mereka semata-mata, tetapi ada matlamat yang lebih besar ingin tercapai. Ia sekadar hadaf (objektif), bukan ghoyah (matlamat akhir).
Sejarah
 telah membuktikan bahawa orang-orang hebat dalam dunia islam, semuanya 
lahir dari keluarga yang islami. Seorang mujaddid, tidak lahir dengan 
niat mereka semata-mata, tetapi bermula daripada niat seorang atuk, 
ataupun seorang ayah!
Lihatlah
 Hasan Al-Banna. Lihatlah Maududi. Lihatlah Sayyid Qutb. Mereka semua 
adalah insan-insan yang ibu bapa mereka sangat mementingkan tarbiyyah 
anak-anak mereka. Islam adalah matlamat hidup mereka dan keluarga 
mereka. Biah yang terhasil dalam rumah-rumah mereka menyebabkan mereka 
sangat takut untuk keluar dari rumah mereka, dan sangat merindui 
suasana, biah di rumah mereka setiap relung masa yang ada.
Tidak
 keluarga mereka menyerahkan sahaja anak-anak mereka untuk dibentuk, 
ditarbiyyah oleh sistem sekular negara. Juga mereka tidak menyerahkan 
anak-anak mereka bulat-bulat ditarbiyyah oleh ikhwah-ikhwah lain 
semata-mata. Tetapi pentarbiyyahan itu bermula seawal di rumah, sang 
ayah sebagai naqib mereka yang pertama dan utama.
Berkahwin bukan untuk nafsu, tetapi untuk lahirkan para mujaddid!
dari : http://narawastuilmu.blogspot.ca/search/label/Ku%20Ingin%20Daki%20Tangga%20Amalan%20itu...%20Bantulah%20Daku...
 
No comments:
Post a Comment