“Jamilah, mak bukan tak bagi kamu berkahwin tetapi kamu
mesti memahami bahawa perkahwinan itu bukan sekadar kenduri kendari yang gilang
gemilang, bukan sekadar penyatuan antara seorang lelaki dan wanita dan bukan
sekadar fasa bercinta secara halal semata-mata, tetapi perkahwinan itu datang bersama
tanggungjawab yang berbagai. Oleh sebab itulah mak bertanya kamu sama ada kamu
sudah bersedia atau belum.”
“Mak rasa saya memang tak bersedia lagi ke?” Jamilah
bertanya, Nampak naïf sungguh.
“Mmm kalaulah lepas subuh tidur, sarapan pun mak yang
sediakan. Masak masih terkial-kial.
Layan budak-budak pun tak berapa pandai.
Macammana kamu nak menguruskan rumahtangga kamu nanti?”
“Itu belum lagi tengok cara kamu mengawal emosi, sekejap
merajuk sana, sekejap melenting sini, haih kalau begitulah caranya letihlah
suami kamu nak melayan karenah kamu nanti.”
“Jamilah, sebagai seorang wanita kita mesti ada cita-cita
besar dan kita mesti jelas dengan matlamat perkahwinan kita itu. Kita mahu menjadikan
keluarga kita itu keluarga yang cemerlang dunia dan akhirat. Sekiranya
perkara-perkara asas pun kita masih terkial-kial, selepas kahwin baru nak
belajar memasak, jaga anak dan sebagainya bila masanya kita nak memikirkan
tentang agenda keluarga?”
“Kita sebagai isteri mesti
menjadi tulang belakang suami kita. Kita mesti kuat dari mental, fizikal dan
spiritual. Kalau kamu nak berkahwin, mak rasa kamu perlu ubah cara hidup kamu.
Bangun awal pagi, selesaikan urusan rumah seperti memasak, mengemas dan
sebagainya. Kemudian, kamu perlu bijak mengawal emosi, jangan terlalu mengikut
perasaan. Mak nak kamu jadi orang yang lebih matang. Kalau kamu ada ciri-ciri
tu, tak payah tunggu hujung tahun, hujung bulan ni pun mak setuju kamu nak
kahwin.”
http://finurislam.blogspot.ca/
No comments:
Post a Comment