Tuesday, November 20, 2012

Semalam, selepas selesai menunaikan solat zohor, saya mencapai handphone di atas meja. Ada dua SMS yang saya terima. Saya meneliti yang pertama:
"Salam. majlis pada bulan December nanti dibatalkan".
Saya amat terkejut saat itu kerana saya tahu, majlis akad nikah adik, Anis (bukan nama sebenar) bakal berlangsung lagi 2 minggu di Kuantan Pahang. Saya sebak serta merta, lalu mendail.
Saya: Assalamualaikum Anis. Anis, akak minta maaf akak lama xcontact awak, sebab akak sibuk akhir2 ini. Akak xsempat pun nak berbual atau jumpa awak sebelum awak nikah. Akak terkejut dapat sms awak... Boleh akak tahu, kenapa majlis dibatalkan?
Anis: Akak, tolong doakan saya kuat dan sabar kak. Tunang saya dah meninggal dunia Sabtu lepas, accident motor....
Saya: Innalillahiwainna ilaihi raajiiun. 
Kami berborak panjang, dan apa yang saya kagumi tentang Anis, dia seorang yang sangat tenang, sepanjang berbual dengan dia, langsung saya tidak mendengar esakan tangisnya.
Saya: Anis, awak kena kuat. Awak ada masa depan.Allah sayangkan dia, dan ALLAH sayangkan awak. Jika awak sayangkan tunang awak, hadiahkan dia doa semoga ALLAH menempatkan dia di syurga, dan nanti awak boleh jumpa dia. Mungkin di sana, awak dapat ucapkan terima kasih pada dia kerana dia dah banyak mebentuk awak menjadi insan yang baik. Anis, akak nak ceritakan sesuatu pada awak. Awak masih ingat pada kak Teh? Kak Teh, senior akak di Auckland yang kematian suaminya (jiran belakang rumah akak di Perlis)? Diorang kan baru nikah 4 jam, tapi suaminya meninggal dalam accident, kereta-lori. Kisah ni ada disiarkan dalam TV3, 3 tahun lepas.
Anis: owh, ha ah, saya ingat. Macammana kak teh sekarang kak?
Saya: Inilah yang akak nak ceritakan pada awak. Dia seorang yang awak kena jadikan inspirasi. Dia sabar dan yakin dengan janji ALLAH, menerima takdir hidup dengan redha. Lebih kurang setahun selepas kejadian tu, dia menikah semula, dengan engineer yang dulu belajar di Jepun. Sekarang, dia dah berkerja, dan ada buat bisnes sikit. Look, Anis. Orang yang sabar, optimis dan memandangkan pada masa depan akan terus maju. Dia tidak menghilang dalam kenangan. Dia tidak hidup dalam kesedihan dan kenangan silam yang pedih. Life must go on, Anis! You have your own life. You have your destiny, your dream. Awak boleh menangis dan bersedih, kerana akak tahu awak manusia biasa. Sedangkan RasulALLAH saw juga menangis ketika anak beliau meninggal, apatah lagi manusia. Awak menangislah, berikan tempoh buat diri. Kemudian, awak BANGUN, dan teruskan KEHIDUPAN. ALLAH tidak zalim, Dia maha Adil. Akak yakin, ALLAH sedang menyediakan sesuatu yang menarik buat awak. Sebuah kehidupan yang lebih baik daripada kehidupan sekarang. You just have to BELIEVE Him! Akak akan doakan awak. Nanti bila akak turun KL, akak contact awak ye..dan if you feel down, dont hesitate to contact me. I'll call u back.
Dia semakin tenang, dapat ku rasakan ada sedikit senyuman di akhir perbualan kami. 
Anis... ALLAH bersama kamu! Sabar, dan ALLAH mengangkat darjatmu, sayang!
Moga nukilan ini dapat membantu kamu menjadi hamba yang menang dalam ujian kasih sayang ini.
Anis, ini bukti akak dah melunaskan janji akak untuk meng-update blog ye? Alhamdulillah.
...................................................................
Jodoh?
Inilah jodoh. Semuanya TAKDIR ALLAH, yang telah tertulis sebelum kita lahir lagi. Kita harus yakin, Jodoh itu bukan perancangan kita, namun perancangan ALLAH.
ALLAH yang mentakdirkan kita berjumpa, bertaaruf, menghadirkan perasaan cinta, mempertemukan saudara, dan membina bahagia...
ALLAH jua yang mentakdirkan kita berpisah, kita menangis, kita kecewa, terluka, malah Allah jua mampu untuk menghilangkan cinta, membina permusuhan dan perkelahian saudara. 
Semua ini kerana apa? Kerana ALLAH menguji kita dengan Cinta-NYA. Apakah kita masih mencintai ALLAH, saat kita diberikan bahagia, atau apakah kita masih mencintai ALLAH saat kita hilang cinta manusia, dikecewakan, diberikan harapan palsu, dibenci, difitnah atau apa sahaja?
Maka beruntung bagi hamba  yang masih sabar, dan teguh tunduk mencintai ALLAH, dalam sujudnya saban hari, di ketika sunyi dhuha dan embun malam, juga esak tangis doanya, dan rintihan hati hamba hina yang mengharap secebis kekuatan TuhanNYA. Beruntung wahai kekasih ALLAH yang sabar... =)
Dalam sujudmu, bayangkanlah kamu sedang mencium ALLAH, kamu sedang menhadiahkan segenap tubuhmu yang hina pada DIA. Kamu mencintaiNYA, dan inilah bukti cintamu..
Dalam doamu, bayangkanlah kamu sedang berkongsi rasa gembira, kecewa, penat, putus harapan atau apa sahaja pada kekasihMu, Allah... Luahkan.. Luahkan apa sahaja, kerana DIA suka mendengar rintihan dan  esakanmu.Berdoalah apa sahaja. Allah tidak akan pernah marahkan doa kamu yang ikhlas. Dia sedang mendengar sambil tersenyum pada kamu........
Menangislah kerana Allah, itu bukti cintamu pada Dia. Jangan menangis kerana manusia..
Jangan! Jangan menangis kerana kamu ditinggalkan sepi, lemah, berat menanggung beban, Jangan menangis kerana kamu kecewa dengan mulut-mulut manusia yang tidak memahami, menghukum dan mengasari kamu, jangan kamu menangis kerana janji palsu manusia. Jangan.
 Menangislah kerana kamu mencintai ALLAH =) 
Menangislah kerana dosa dan kekurangan diri kamu. Menangislah untuk bertaubat dari kealpaan lalu. Menangislah kerana hakikatnya, kamu lemah berbanding ALLAH.
yang SUSAH bagi kamu, adalah MUDAH bagi ALLAH. Mohonlah bantuan, pertolongan dan kasih dari ALLAH. Jangan malu meminta, setelah kamu baiki amalan dan kesucian hatimu. Jangan pernah Malu, kerana ALLAH terlalu Lembut, bahkan Penuh Kasih Sayang.
Bercakaplah dengan RasulALLAH yang mulia. Berselawat kemudian bertuturlah dengan Baginda. Bayangkan kamu berada di Masjid Nabawi, di tepi makamnya, kemudian adulah apa sahaja. Ceritakan pada Baginda yang mulia masalah dan kelemahan dirimu. Mohonlah syafaat dan kasihnya menguatkan kamu dan memandu arah hidupmu...
Jangan pernah risau. Hamba yang sabar ada ALLAH dan RASULALLAH SAW.
YAKIN!
....................................
Saudara pembaca sekalian,
Bagi yang telah menemukan jodoh, alhamdulillah. Bersyukurlah pada ALLAH, dan hargailah hadiah indah ALLAH buat kamu.Sayangilah pasangan masing-masing. Sungguhpun pada pasangan kamu itu, punya kekurangan, ingatlah yang ALLAH hadirkan kamu buatnya, untuk melengkapkan kalian, untuk menjadikan kalian pasangan syurga. Bukan sahaja syurga dunia, di mana kalian saling berlapang dada, dan bersabar antara satu sama lain, malah pasangan syurga akhirat. Lelaki yang soleh akan menghantarkan isterinya ke syurga, begitu juga sebaliknya. Salinglah membantu dalam melakukan kebaikan. Senantiasalah merefleksi niat dan halatuju pernikahan, agar redha ALLAH sentiasa meliputi perjalanan kalian.
Bagi yang sedang menunggu jodoh. Bersabarlah... dan baikilah diri masing-masing. 
Perbaikilah diri masing-masing dari aspek fizikal seperti penampilan, kekemasan, kesihatan, aspek rohani dari segi kecintaan kepada ALLAH, RASULLAH saw, memperbanyakkan amalan sunat (puasa sunat, solat sunat, sedekah), bacaan dan hafazan quran dan hadis,  aspek emosi seperti ketahanan mengawal emosi,   hubungan sesama manusia (keluarga, jiran dan sahabat handai), dan juga dari aspek mental seperti kebijaksanaan menghadapi ujian dan masalah, pengurusan kewangan dan lain-lain. Masih banyak untuk belajar kan?

Jaga diri, teruskan tersenyum, kerana saya dan kalian ada kehidupan yang harus diperjuangkan.
Positif, dan teruskan membaiki diri, jalani hidup dengan tabah dan yakin diri! 
Jom!
Bangkit dari kelemahan.
Bangun dari kejatuhan.
Usir kekecewaan, 
Buang kesedihan,
Kejarlah Bahagia....!
Dihadapan sana ada sebuah kehidupan indah...!
Jom!!
Saya sayang kalian.
Sekian, assalamualaikum wbkh.
Alfaqir ila ALLAH,

No comments:

Post a Comment