Menyemai Rumahtangga Berkat
Ketika
 seseorang melaksanakan akad perkahwinan, maka ia kebiasaannya akan 
mendapatkan banyak ucapan tahniah dan doa dari para tetamu undangan 
dengan doa keberkatan sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah saw :
“Semoga Allah memberkatimu dan menetapkan keberkatan atasmu dan mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan.” 
Doa
 ini sarat dengan makna yang mendalam, bahwa perkahwinan sepatutnya akan
 mendatangkan banyak keberkatan kepada orang yang membinanya. 
Namun
 pada kenyataannya, kita mendapati banyak fenomena yang menunjukkan 
tidak adanya keberkatan hidup berumahtangga setelah berlakunya 
perkahwinan, samada di kalangan masyarakat umum ataupun di kalangan 
keluarga pendakwah. 
Fenomena
 tidak wujudnya keberkatan dalam perkahwinan itu dapat dilihat dari 
berbagai sudut samada yang bersifat kebendaan ataupun bukan.
Munculnya berbagai konflik dalam keluarga tidak kurang juga asalnya bermula dari permasalahan ekonomi. Boleh jadi ekonomi keluarga yang tidak mantap yang kemudiannya menyebabkan menurunnya semangat beramal dan beribadah.

Sebaliknya
 pula, mungkin secara material ianya sangat mencukupi, namun melimpah 
ruahnya harta dan kemewahan tidak dapat membawa kebahagiaan dalam 
perkahwinannya.
Seringkali kita juga menemui kenyataan bahwa seseorang tidak pernah berkembang kapasiti keperibadiannya walaupun sudah berkahwin padahal sepatutnya bagi orang yang sudah berkahwin :
Seringkali kita juga menemui kenyataan bahwa seseorang tidak pernah berkembang kapasiti keperibadiannya walaupun sudah berkahwin padahal sepatutnya bagi orang yang sudah berkahwin :
- Keperibadiannya seharusnya semakin sempurna.
- Dari segi wawasan dan kefahaman sepatutnya semakin luas dan mendalam.
- Dari segi fizikal, sepatutnya semakin sihat dan kuat.
- Dari sudut emosi, sepatutnya semakin matang dan dewasa.
- Seharusnya menyerlahkan keterampilan dalam beramal.
- Sentiasa bersungguh-sungguh dalam bekerja.
- Teratur urusan dan aktiviti kehidupannya sehingga dirasakan manfaat keberadaannya bagi keluarga dan masyarakat di sekelilingnya.
Realiti lain juga menunjukkan tidak wujudnya keharmonian dalam kehidupan keluarga di mana sering munculnya :
- Konflik antara suami dan isteri yang berakhir dengan perceraian.
- Anak-anak yang terbiar hasil dari keluarga yang bermasaalah sehingga terperangkap dalam pergaulan bebas dan dadah.
Semua ini menunjukkan bahwa tidak wujudnya keberkatan dalam kehidupan berumahtangga.
Dalam kita memerhatikan fenomena kegagalan dalam menempuh kehidupan rumahtangga sebagaimana yang tersebut di atas, sepatutnya kita melakukan 'introspeksi’ (muhasabah) terhadap diri kita, apakah kita masih konsisten (istiqamah) dalam memegang teguh petunjuk-petunjuk berikut agar tetap mendapatkan keberkatan dalam meniti kehidupan berumahtangga.
PERTAMA : MELURUSKAN NIAT / MOTIVASI
Motivasi berkahwin bukanlah semata-mata untuk memuaskan keperluan biologi / fizikal tapi ianya merupakan salah satu tanda kebesaran Allah swt sehingga memiliki nilai suci dan signifikan sebagaimana yang diungkap dalam Al Qur’an :

“Dan
 di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, 
bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari
 jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra 
dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih
 sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi 
keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang
 berfikir.” (QS Ar Rum : 21)
Selain itu, perkahwinan juga merupakan perintah Allah swt :                                     
“Dan
 kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan 
kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan 
perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada 
mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan 
limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (QS An-Nur : 32)
Ayat
 di atas memberi pengertian bahwa perkahwinan adalah suatu aktiviti yang
 bernilai ibadah dan merupakan Sunnah Rasul saw dalam kehidupan 
sebagaimana yang ditegaskan dalam salah sebuah hadits : 
“Barangsiapa
 yang dimudahkan baginya untuk berkahwin, lalu ia tidak berkahwin maka 
tidaklah ia termasuk golonganku.” (HR At-Thabrani dan Al-Baihaqi). 
Oleh
 kerana perkahwinan merupakan sunnah Rasul saw, maka selayaknya proses 
menuju perkahwinan, tatacara perkahwinan dan bahkan kehidupan pasca 
perkahwinan perlu mencontohi Rasul saw. 
Misalnya :
- Ketika hendak menentukan pasangan hidup, ia hendaklah lebih mengutamakan kriteria ‘Ad Deen’ (agama / akhlak) sebelum perkara-perkara lainnya seperti kecantikan, ketampanan, keturunan dan harta.
- Ketika dalam proses untuk berkahwin (walimatul ‘urush) hendaklah juga dihindarkan hal-hal yang melibatkan pembaziran, tradisi yang menyimpang atau khurafat serta keadaan bercampur baur antara lelaki dan perempuan (ikhtilath).
- Kehidupan berumahtangga pasca perkahwinan hendaklah diusahakan agar dapat membiasakan diri dengan adab dan akhlak seperti yang dicontohkan olehRasulullah saw.
Berkahwin
 merupakan usaha bagi menjaga kehormatan dan kesucian diri, ertinya 
seseorang yang telah berkahwin semestinya lebih terjaga dari perangkap 
zina dan mampu mengendalikan syahwatnya. 
Allah swt akan memberikan pertolongan kepada mereka yang mengambil langkah ini sebagaimana yang dinyatakan dalam sebuah hadits :
“Tiga
 golongan yang wajib Aku (Allah) menolongnya, salah satunya adalah orang
 yang berkahwin kerana ingin menjaga kesucian dirinya.” (HR Tirmizi)Berkahwin juga merupakan tangga kedua setelah pembentukan keperibadian muslim (Syakhsiyah Islamiyah) dalam tahapan amal dakwah, ertinya menjadikan keluarga sebagai ladang beramal dalam rangka membentuk keluarga muslim teladan (Usrah Islami)
 yang diwarnai oleh akhlak Islam dalam segala aktiviti dan interaksi 
antara seluruh anggota keluarga sehingga mampu menjadi rahmat untuk 
seluruh alam bagi masyarakat sekitarnya. Dengan wujudnya 
keluarga-keluarga muslim pembawa rahmat, ianya diharapkan dapat 
mewujudkan komuniti dan lingkungan masyarakat yang sejahtera.
KEDUA : SALING BERSIKAP TERBUKA
Secara fizikalnya, suami isteri telah dihalalkan oleh Allah swt untuk saling terbuka ketika ‘jima’’ (hubungan kelamin), padahal sebelum perkahwinan, hal itu adalah sesuatu yang diharamkan.

Maka pada hakikatnya, keterbukaan itu pun mesti diwujudkan dalam interaksi kejiwaan (syu’ur), pemikiran (fikrah) dan sikap (mauqif) serta tingkah laku (suluk) sehingga
 masing-masing secara utuhnya dapat mengenal hakikat keperibadian suami /
 isterinya dan dapat memupuk sikap saling percaya (tsiqah) di antara keduanya.
Perkara itu boleh dicapai apabila suami / isteri saling terbuka dalam segala perkara yang menyangkut perasaan dan keinginan, idea dan pendapat serta sifat dan keperibadian.
Perkara itu boleh dicapai apabila suami / isteri saling terbuka dalam segala perkara yang menyangkut perasaan dan keinginan, idea dan pendapat serta sifat dan keperibadian.
Jangan
 sampai berlaku seorang suami / isteri memendam perasaan tidak enak 
kepada pasangannya disebabkan prasangka buruk atau kerana kelemahan / 
kesalahan yang ada pada suami / isteri. 
Jika perkara yang sedemikian berlaku, suami / isteri hendaklah segera membuat introspeksi (muhasabah)
 dan mencari penyebab kepada masalah atas dasar cinta dan kasih sayang 
dan seterusnya mencari jawaban bersama untuk penyelesaiannya. 
Namun,
 jika perasaan tidak enak itu dibiarkan maka akan menyebabkan interaksi 
suami / isteri menjadi tidak sihat dan berpotensi untuk menjadi sumber 
konflik yang berpanjangan.
KETIGA : SIKAP TOLERANSI
KETIGA : SIKAP TOLERANSI
Dua
 insan yang berbeza latar belakang sosial, budaya, pendidikan dan 
pengalaman hidup bersatu dalam perkahwinan, tentunya akan menyebabkan 
timbulnya perbezaan-perbezaan dalam :
- Cara berfikir.
- Memandang suatu permasalahan.
- Cara bersikap dan bertindak.
- Selera diri yang menyangkut makanan, pakaian dsb.
Potensi perbezaan tersebut apabila tidak ditangani dengan sikap toleransi, akan menjadi sumber konflik atau perdebatan. 
Oleh
 kerana itu suami / isteri masing-masing perlulah mengenali dan 
menyedari kelemahan dan kelebihan pasangannya, kemudian berusaha untuk 
memperbaiki kelemahan yang ada dan memupuk kelebihannya umpama pakaian 
sepertimana yang Allah swt sebutkan dalam Al Qur’an:
“…Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka…” (QS Al Baqarah : 187)
Maka,
 suami / isteri mesti mampu untuk mempercantikkan penampilan, ertinya 
berusaha memupuk kebaikan yang ada dan menutup aurat ertinya berusaha 
mengurangkan segala kelemahan / kekurangan yang ada.
Prinsip ‘pakaian’ dalam ayat di atas antara suami dan isteri perlu sentiasa dipegang kerana pada hakikatnya suami / isteri telah menjadi satu kesatuan yang tidak boleh dipandang secara terpisah.
Prinsip ‘pakaian’ dalam ayat di atas antara suami dan isteri perlu sentiasa dipegang kerana pada hakikatnya suami / isteri telah menjadi satu kesatuan yang tidak boleh dipandang secara terpisah.
Kebaikan
 apapun yang ada pada suami merupakan kebaikan bagi isteri, begitulah 
sebaliknya; dan kekurangan / kelemahan apapun yang ada pada suami 
merupakan kekurangan / kelemahan bagi isteri; sehingga munculnya rasa 
tanggungjawab bersama untuk memupuk kebaikan yang ada dan memperbaiki 
kelemahan yang ada.
Sikap toleransi juga menuntut adanya sikap memaafkan yang meliputi tiga (3) tingkatan, iaitu :
Sikap toleransi juga menuntut adanya sikap memaafkan yang meliputi tiga (3) tingkatan, iaitu :
- ‘Al ‘Afwu’ iaitu memaafkan orang jika memang diminta.
- ‘As-Shofhu’ iaitu memaafkan orang lain walaupun tidak diminta.
- ‘Al-Maghfirah’ iaitu memintakan ampun pada Allah untuk orang lain.
Dalam
 kehidupan rumahtangga, seringkali sikap ini belum menjadi kebiasaan 
yang melekat sehingga kesalahan-kesalahan kecil dari pasangan suami / 
isteri kadangkala menjadi sebab awal kepada konflik yang berlarutan. 
Tentu sahaja “memaafkan” bukan bererti “membiarkan” kesalahan terus berlaku, tetapi memaafkan bererti berusaha untuk memberikan perbaikan dan peningkatan.
KEEMPAT : KOMUNIKASI
Tersekatnya saluran komunikasi antara suami dan isteri atau ibubapa dan anak dalam kehidupan rumahtangga akan menjadi titik pertama kepada kehidupan rumahtangga yang tidak harmoni.

Komunikasi
 adalah sangat penting di samping ianya akan meningkatkan jalinan cinta 
kasih, ia juga mampu menghindarkan dari berlakunya kesalahfahaman.
Kesibukan masing-masing janganlah sampai membuatkan komunikasi suami dan isteri atau ibubapa dan anak menjadi terputus.
Kesibukan masing-masing janganlah sampai membuatkan komunikasi suami dan isteri atau ibubapa dan anak menjadi terputus.
Banyak
 suasana dan kesempatan yang boleh dimanfaatkan sehingga waktu pertemuan
 yang sedikit mampu memberikan kesan yang baik dan mendalam iaitu dengan
 cara :
- Memberikan perhatian (empati).
- Kesediaan untuk mendengar.
- Memberikan respon berupa jawaban atau alternatif penyelesaian.
Kesempatan-kesempatan ini boleh dimanfaatkan ketika :
- Bersama selepas menunaikan solat berjamaah.
- Bersama belajar.
- Bersama makan malam.
- Bersama bercuti.
dalam
 interaksi seharian, samada secara langsung ataupun tidak langsung 
dengan memanfaatkan wasilah telekomunikasi berupa surat, telefon, 
e-mail, dsb.
Al Qur’an dengan indahnya menggambarkan bagaimana proses komunikasi ini berlangsung dalam keluarga Nabi Ibrahim as :
Al Qur’an dengan indahnya menggambarkan bagaimana proses komunikasi ini berlangsung dalam keluarga Nabi Ibrahim as :
“Maka
 tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama 
Ibrahim, Ibrahim berkata; Wahai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam 
mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu, Ia 
menjawab; Wahai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, 
insyaAllah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar”. (QS 
As Shaffaat : 102)
Pengajaran yang dapat diambil dari kisah tersebut adalah wujudnya komunikasi timbal balik antara bapa dan anak di mana Nabi Ibrahim mengutarakan dengan bahasa dialog iaitu meminta pendapat dari Nabi Ismail dan bukannya menetapkan keputusan.

Hasil dari komunikasi ini, kita lihat :
- Wujudnya keyakinan yang kuat di atas kekuasaan Allah.
- Adanya sikap tunduk / patuh ke atas perintah Allah.
- Wujudnya sikap pasrah dan tawakkal kepada Allah.
Semua
 jalinan komunikasi ini menjadi sangat berhasil sehingga perintah yang 
berat dan pada pemikiran biasa adalah sesuatu yang tidak logik tersebut 
akhirnya dapat dilaksanakan dengan kehendak Allah yang menggantikan Nabi
 Ismail dengan seekor ‘kibash’ yang sihat dan besar.
KELIMA : SABAR DAN SYUKUR
KELIMA : SABAR DAN SYUKUR
Allah swt mengingatkan kita dalam Al Qur’an :
“Wahai
 orang-orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan 
anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu 
terhadap mereka. Dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta 
mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha 
Penyayang.” (QS At Taghabun : 14)
Peringatan Allah tersebut nyata dalam kehidupan rumahtangga di mana sikap dan tindak tanduk suami / isteri dan anak-anak kadangkala menunjukkan sikap seperti seorang musuh, misalnya :
Peringatan Allah tersebut nyata dalam kehidupan rumahtangga di mana sikap dan tindak tanduk suami / isteri dan anak-anak kadangkala menunjukkan sikap seperti seorang musuh, misalnya :
- Dalam bentuk menghalangi langkah dakwah walaupun tidak secara langsung.
- Tuntutan wang belanja yang nilainya di luar kemampuan.
- Menuntut perhatian dan waktu yang lebih.
- Berprasangka buruk terhadap suami / isteri.
- Tidak merasa puas dengan pelayanan / nafkah yang diberikan oleh suami / isteri.
- Anak-anak yang aktif dan suka menimbulkan suasana ketidaktenangan.
- Permintaan anak yang berlebihan.
- Pendidikan dan pergaulan anak yang tidak sopan.
Jika
 perkara-perkara tersebut tidak dihadapi dengan kesabaran dan keteguhan 
hati, tidak mustahil ianya akan membawa kepada jurang kehancuran 
rumahtangga.
Dengan kesedaran awal bahwa isteri dan anak-anak memang berpeluang untuk menjadi musuh, maka sepatutnya kita membekalkan diri kita dengan kesabaran.
Dengan kesedaran awal bahwa isteri dan anak-anak memang berpeluang untuk menjadi musuh, maka sepatutnya kita membekalkan diri kita dengan kesabaran.
Sebahagian
 dari kesabaran adalah keridhaan kita menerima kelemahan atau kekurangan
 pasangan suami / isteri yang memang di luar kesanggupan masing-masing. 
Penerimaan terhadap suami / isteri mestilah penuh sebagai satu “pakej” di
 mana dia dengan segala perkara yang melekat pada dirinya adalah dia 
yang perlu kita terima secara utuh. Begitu juga penerimaan kita kepada 
anak-anak dengan segala potensi dan kecenderungannya. 
Kesabaran
 merupakan suatu yang asasi dalam kehidupan rumahtangga untuk mencapai 
keberkatan, sebagaimana satu ungkapan yang bernas seperti berikut :
“Perkahwinan adalah Fakulti Kesabaran dari Universiti Kehidupan”. 
Mereka yang lulus dari ‘Fakulti Kesabaran’ akan meraih banyak keberkatan.
Syukur juga merupakan bahagian yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan berumahtangga. Rasulullah saw memberitahu uamtnya bahwa ramai di antara penghuni neraka adalah kaum wanita disebabkan mereka tidak bersyukur kepada suami mereka.
Mensyukuri rezeki yang diberikan oleh Allah melalui penat lelah suami walau sebesar apapun di samping bersyukur atas keadaan suami tanpa perlu membanding-bandingkan dengan suami orang lain, adalah modal mahal dalam meraih keberkatan.

Begitu
 juga syukur terhadap keberadaan anak-anak dengan segala potensi dan 
kecenderungannya, adalah modal masa depan yang mesti dipersiapkan.
Dalam keluarga perlu dihidupkan semangat “memberi” kebaikan, bukannya semangat “menuntut” kebaikan, sehingga akan timbul suasana kebaikan yang berlebihan. Inilah tanda penambahan kenikmatan dari Allah swt sebagaimana firmannya :

“Sesungguhnya
 jika kamu bersyukur, pasti Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, dan 
jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu sangat 
pedih.” (QS Ibrahim : 7)Mensyukuri kehadiran keturunan sebagai sebuah kurniaan Allah perlu diwujudkan dalam bentuk mendidik mereka dengan pendidikan ‘Rabbani’
 sehingga menjadi keturunan yang menyejukkan hati serta mampu memikul 
misi risalah Deen ini untuk masa depan, maka jangan kita sekali–kali 
merasa bosan untuk sentiasa memanjatkan doa.
Pada intipatinya, keturunan yang diharapkan adalah keturunan yang sedap dipandang mata (Qurrota a’yun), iaitu keturunan yang :
Pada intipatinya, keturunan yang diharapkan adalah keturunan yang sedap dipandang mata (Qurrota a’yun), iaitu keturunan yang :
- Memiliki sifat penciptaan jasad yang sempurna (thayyibah).
- Mempunyai ruhaniyah yang baik (soleh).
- Diridhai oleh Allah kerana misi risalah Deen yang diperjuangkannya.
- Sentiasa dekat dan bersama Allah swt.
Demikianlah hendaknya harapan kita terhadap anak-anak dan zuriat kita agar mereka memiliki ‘muwashofaat’ tersebut di samping usaha kita :
- Memilih guru yang bagus untuk mereka.
- Menghantar ke sekolah yang baik.
- Menyediakan lingkungan yang sihat.
- Memastikan makanan yang halal dan baik.
- Menyediakan kemudahan yang memadai.
- Menjadi teladan dalam kehidupan seharian.
- Memanjatkan doa untuk kesejahteraan mereka.
KEENAM : SIKAP YANG SANTUN DAN BIJAK
Merawat
 cinta kasih dalam keluarga ibarat seperti merawat tanaman, maka 
perkahwinan dan cinta kasih mestilah juga dirawat agar tumbuh subur dan 
indah, di antaranya dengan sikap yang santun dan bijak.
Rasulullah saw menyatakan bahwa : 
“Sebaik-baik
 orang di antara kamu adalah orang yang paling baik terhadap isterinya, 
dan aku (Rasulullah) adalah orang yang paling baik terhadap isteriku.” 
(HR Thabrani & Tirmizi)
Sikap yang santun dan bijak dari seluruh anggota keluarga dalam interaksi kehidupan berumah tangga akan mencipta suatu suasana yang nyaman dan indah. Suasana yang demikian adalah sangat penting untuk perkembangan kejiwaan (maknawiyah) anak-anak dan penyediaan suasana yang kondusif untuk mereka merasa suka tinggal di rumah.
Ungkapan yang menyatakan “Baiti Jannati” (Rumahku Syurgaku) bukan semata-mata dapat diwujudkan dengan lengkapnya segala kemudahan dan luasnya tempat tinggal, tetapi ianya lebih kepada kewujudan suasana interaktif antara suami-isteri dan ibubapa-anak yang penuh santun dan bijaksana sehingga tercipta suasana yang penuh keakraban, kedamaian dan cinta kasih.
Sikap yang santun dan bijak merupakan cermin dari suasana ruhiyah yang mapan. Ketika keadaan ruhiyah seseorang tidak stabil maka kecenderungannya ia akan bersikap emosional dan marah-marah, kerana syaitan akan sangat mudah untuk mempengaruhinya.

Oleh kerana itu Rasulullah saw mengingatkan secara berulang-ulang agar jangan marah (Laa Taghdhob). Apabila muncul amarah kerana sebab-sebab peribadi, segeralah menahan diri dengan beristighfar dan memohon perlindungan Allah.
Jika
 masih merasa marah, hendaklah berwudhu’ dan mendirikan solat. Namun 
apabila muncul marah disebabkan oleh orang lain, berusahalah untuk tetap
 menahan diri dan berilah maaf, kerana Allah menyukai orang yang suka 
memaafkan. 
Ingatlah,
 apabila disebabkan sesuatu perkara kita telanjur marah kepada anak / 
isteri / suami, segeralah minta maaf dan berbuat baiklah sehingga kesan 
buruk dari marah akan hilang. 
Sesungguhnya
 kesan dari kemarahan sangatlah tidak baik bagi jiwa, samada untuk orang
 yang marah ataupun bagi orang yang dimarahi.
KETUJUH : KUATNYA HUBUNGAN DENGAN ALLAH
Hubungan yang kuat dengan Allah dapat menghasilkan keteguhan hati dan kemampanan ruhiyah sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah saw :
KETUJUH : KUATNYA HUBUNGAN DENGAN ALLAH
Hubungan yang kuat dengan Allah dapat menghasilkan keteguhan hati dan kemampanan ruhiyah sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah saw :
“Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang”. (QS Ar Ra’du : 28)
Keberhasilan
 dalam meniti kehidupan rumahtangga sangat dipengaruhi oleh keteguhan 
hati / ketenangan jiwa yang bergantung hanya kepada Allah sahaja. 
Tanpa
 adanya kedekatan hubungan dengan Allah, mustahil seseorang dapat 
mewujudkan tuntutan-tuntutan besar dalam kehidupan rumahtangga. 
Rasulullah saw sendiri sentiasa memanjatkan doa agar mendapatkan keteguhan hati : 
“Wahai yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku untuk tetap konsisten di atas DeenMu dan dalam mentaatiMu”.
Keteguhan hati dapat diwujudkan dengan :
Keteguhan hati dapat diwujudkan dengan :
- “Taqarrub ila Allah” (Pendekatan diri kepada Allah).
- “Ma’iyyatullah” (Merasakan kebersamaan Allah dalam segala aktivitinya).
- “Muraqabatullah” (Merasa diawasi Allah dalam setiap tindakannya).
Perasaan tersebut perlu dilatih dan ditumbuhkan dalam lingkungan keluarga melalui pembiasaan keluarga untuk melaksanakan ibadah ‘nafilah’ secara bertahap dan dimutabaah bersama seperti : tilawah, solat tahajjud, puasa, infaq, doa, bacaan ma’thurat dan lain-lain.
Pembiasaan dalam aktiviti tersebut boleh menjadi wasilah bagi menjalin keakraban dan persaudaraan (ukhuwah)
 seluruh anggota keluarga dan yang penting dapat menjadi wasilah untuk 
mencapai taqwa di mana Allah swt menjamin orang-orang yang bertaqwa 
sebagaimana firmanNya :
“Barangsiapa
 bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan bagi-nya jalan keluar
 (penyelesaian) dan memberinya rezeki dari arah yang tidak 
disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya 
Allah akan mencukupi (keperluan)nya.” (QS At Thalaq : 2-3)
 
KEINDAHAN KEBERKATAN KELUARGAKeberkatan
 dari Allah akan muncul dalam bentuk kebahagiaan hidup berumahtangga 
samada kebahagiaan di dunia ataupun di akhirat. Kebahagiaan di dunia 
boleh jadi tidak selalunya boleh disamakan dengan kehidupan yang mewah 
dengan rumah dan perabot yang serba mahal. 
Hati
 yang sentiasa tenang dan fikiran serta perasaan yang sentiasa tenteram 
adalah bentuk kebahagiaan yang tidak boleh digantikan dengan kebendaan 
atau kemewahan.
Kebahagiaan hati akan semakin lengkap jika kita dapat sempurnakan dengan empat (4) perkara sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah saw :
Kebahagiaan hati akan semakin lengkap jika kita dapat sempurnakan dengan empat (4) perkara sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah saw :
- Isteri yang solehah.
- Rumah yang luas.
- Kenderaan yang nyaman.
- Jiran tetangga yang baik.
Kita
 boleh sahaja memanfaatkan kemudahan rumah yang luas dan kenderaan yang 
nyaman tanpa perlu memilikinya misalnya ketika kita melakukan perjalanan
 silaturahim ke rumah-rumah saudara mara dan sahabat handai kita. 
Paling
 tidak, keterbatasan dari segi ekonomi yang ada seharusnya tidak sampai 
mengurangi kebahagiaan yang dirasakan kerana pemilik hakiki adalah Allah
 swt yang telah menyediakan syurga dengan segala kenikmatan yang tidak 
terbatas bagi hamba-hambaNya yang bertaqwa dan menjadikan segala apa 
yang ada di dunia ini sebagai ujian.
Kebahagiaan yang lebih penting adalah kebahagiaan hidup di akhirat iaitu apabila dijauhkannya kita dari api neraka dan dimasukkannya kita ke dalam syurgaNya. Itulah hakikat kejayaan hidup di dunia ini sebagaimana firmanNya :

“Tiap-tiap
 yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat 
sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan 
dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan 
dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (QS Ali 
Imran : 185)
Seterusnya, alangkah indahnya ketika Allah kemudian memanggil dan memerintahkan kita bersama-sama suami / isteri dan anak-anak untuk masuk ke dalam syurga sebagaimana yang dikhabarkan oleh Allah swt dengan firmanNya :
“Masuklah kamu ke dalam syurga, kamu dan isteri-isteri kamu digembirakan”. (QS Az-Zukhruf : 70)
“Dan orang-orang yang beriman dan anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, kami hubungkan (pertemukan) anak cucu mereka dengan mereka (di syurga), dan Kami tiada mengurangi sedikitpun dari pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya. (QS Ath-Thuur : 21)
Inilah keberkatan yang hakiki di akhirat nanti.

Ya
 Allah, kurniakanlah kami isteri yang solehah dan anak-anak yang soleh 
dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang yang bertaqwa. Berikanlah 
kepada kami keturunan yang baik, sedap dipandang mata, yang Engkau 
Ridhai serta jadikanlah kami dan keturunan kami orang yang mendirikan 
solat. Kurniakanlah keberkatan dariMu dalam rumahtangga kami sehingga 
semua ahli keluarga kami dapat melaksanakan hak dan tangggungjawab 
mereka dengan baik serta tunduk dan patuh kepada setiap perintah dan 
laranganMu.
Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS

No comments:
Post a Comment