Tuesday, September 4, 2012

ua

in the name of Allah, the most Gracious, the most Merciful

copy pasted:
Assalamualaikum.

Apakah itu Kuliah Baitul Muslim (BM)?
Kuliah BM ialah salah satu usaha untuk memastikan Baitul Muslim dapat dibentuk agar mencapai tujuan sebenar Baitul Muslim dan juga untuk menuju ke arah kebangkitan Islam.

Fasa-Fasa Kuliah BM :

- Fasa 1: Bujang dan berkeinginan untuk berkahwin
#Kuliah Fasa 1
#Siri Ketaqwaan Jundi Menuju Syurga Allah

- Fasa 2: Seminggu sebelum nikah

- Fasa 3: Pasangan baru nikah, anak kecil 0-3 tahun, anak 4 tahun ke atas
#Charting Your Du’at Family Blueprint

- Fasa 4: Duda dan janda

- Fasa 5: Pendidikan cucu

Bilakah Kuliah BM diadakan?

Hari : Setiap Selasa dan Rabu, setiap minggu

masa : 9.15 - 11.15pm (waktu Malaysia)

*Hari Selasa akan menyentuh tentang Fasa 1, iaitu pengenalan kepada perkahwinan.
*Hari Rabu akan berselang seli antara Ketaqwaan Jundiy dan Charting Family Blueprint.

Medium apakah yg digunakan utk mendengar kuliah ini?
1. Paltalk
- install
- sila add id : moderator_kuliah
- sila klik link : Kuliah Baitul Muslim
2. Skype
- alternatif bagi mereka yg tidak dapat menggunakan paltalk (spt di negeri China, Jordan, Mesir..etc

Siapakah gerangan Ummu Atifah ini?
Ummu Atifah (Kak Ina) merupakan seorang aktivis Islam dan Dakwah yang gigih di Malaysia. Beliau menjadi penasihat dalam bidang Baitul Muslim [Keluarga Islam] di mana beliau sering menganjurkan seminar-seminar dan kuliah kepada semua lapisan masyarakat.

Boleh emailkan kepada jeddijiddah@gmail.com untuk bertanyakan soalan.

“sebenarnye kita tak layak dpt kebaikkan drpd Allah tp dgn redha Allah kita dapat kebaikkan kerana KEIKHLASAN itu rahsia antara hamba dgn kholiq nye” -ummi

wallahua’lam.

what it truly is...

in the name of Allah,

"Ramai yang berpandangan, BM itu dibina semata-mata kerana mereka cukup jelas dengan hukum agama bahawa ber'couple' itu jelas haram.

Ini adalah satu pemahaman yang bagus, namun jika ianya sekadar memahami bahawa BM hanyalah menghalalkan yang haram maka itu adalah satu masalah yang cukup kritikal dan bakal merosakkan tujuan sebenar BM.

Walhal BM itu adalah satu tunggak kepada pembinaan masyarakat yang cukup penting"

"BM yang disebut-sebut bukanlah BM yang boleh dicari di laman web
bukanlah sekadar bersatunya dua manusia berlainan jantina,
tetapi ia lebih daripada itu.

Ianya BM yang dibina berpaksikan kepada DnT,
atas dasar kefahaman bahawa BM yang bakal dibina perlu memberikan satu impak yang besar kepada masyarakat sekeliling"

awesome insight. found it somewhere on the web.

Monday, September 3, 2012

extremely good:
http://www.suhaibwebb.com/relationships/marriage-family/spouse/want-your-marriage-to-last-get-premarital-counseling/

http://www.suhaibwebb.com/relationships/marriage-family/beforemarriage/reading-the-red-flags/

how important is the taaruf process. take it seriously. and no, don't let shyness take over you, and dont ever plan to leave all the taaruf after marriage. find out if you are compatible with the potential spouse, BEFORE marriage, during the taaruf process.

Saturday, September 1, 2012

anger management

in the name of Allah,

birrul walidain: it is not about being right or wrong. it's about to please them, in which ever way possible.

feel provoked too easily?


hasrat hatiku

Apabila telah tiba masaku
Untuk segera mengakhiri lajangku
Dengan segenap kemampuan Allah berikan
Insya Allah janjiku segera kutunaikan

Tapi bila kuraba dalam hati
Kadang seruntun pertanyaan silih berganti
Adakah semua kulakukan terlalu dini
Berdegup jantung di dada kendalikan diri

Namun pernikahan begitu indah kudengar
Membuatku ingin segera melaksanakan
Namun bila kulihat aral melintang pukang
Hatiku selalu maju mundur dibuatnya

Akhirnya aku segera tersadar
Hanya pada Allah-lah tempat aku bersandar
Yang akan menguatkan hatiku yang terkapar
Insya Allah azzamku akan terwujud lancar

<iframe width="420" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/7MftFfnU6FU" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

lagu yang sangat ruhi tentang BM.

saudara persaudaraan, hasrat hatiku.

Wednesday, August 29, 2012

prep

In the name of Allah...
ok lets write more serious posts.

after what had happened happened, i went immediately to find the magic pink book by pak cah; 'di jalan dakwah aku menikah'. First encountered the book in 2007, was not interested in it until very recently. And I think it did me good, i.e. to read it only when you have keperluans. Otherwise, it would just create angan-angan panjang, whilst we have so many other things to strive on (misi UA, etc).

The book is really practical. And amongst the things that I find extremely useful are:

  • do a SWOT analysis whether or not you should accept a candidate at that time
  • enhance your financial management skills, by practising on keeping a good record of your spendings and incomes
  • enhance your social skills, as when you get married you have to be able to independently interact with the society, no more berkepit with parents at social gatherings.
  • berlatih untuk jaga rahsia


Tuesday, August 28, 2012

men are from mars, women are from venus


Tips Bila Tetamu Tidak Di Undang Datang Beraya

Biasanya waktu petang bulan shawal, “hang-over hari raya” masih terasa, terutama sekali waktu hujung-hujung minggu, isteri kita akan lebih kreatif menyediakan kueh-mueh pemanis mulut untuk menyerikan lagi suasana "family-gathering" meminum petang bersama-sama dengan anak-anak kita. Tengah kita relek bersantai bersembang-sembang dengan isteri dan anak-anak yang berlonggok di hadapan tv itu, tiba-tiba terdengar laungan "Assalamualaikum!" sambil pintu diketuk dan disambung dengan ungkapan, “kami nak rayaaa!”.

Dengar sahaja salam itu, kita pun bangun terus ke dalam bilik mencapai baju kerana tadinya hanya berkain pelikat sahaja dan meluru ke depan terus menyambut salam dengan muka yang manis dan terus mempelawa sahabat dan angkatan keluarganya masuk ke dalam rumah. Disebabkan kedatangannya ini tidak diberitahu dari awal, maka sudah pastilah keadaan bilik tu agak kelam kabut sedikit. Sempat jugalah isteri dan anak-anak kita yang dah matang tu menghempas pulas menyorok, mengemas, melonggok dan membaling apa-apa yang patut demi menyenangkan mata tetamu yang memandang itu.

Gelak ketawa rianglah kita dengan tetamu itu bersembang dari satu tajuk ke tajuk yang lain. Jelas berputik sudah ukhuwah antara kita dengannya kerana dah lama tak bertemu.. Kita sama-sama bersyukur atas kunjungannya dan kita pula berjanji akan menziarahinya apabila ada yang waktu lapang buat kita dan keluarga nanti.

Sedang rancak bercerita, anak kita yang sulong itu pun memberikan isyaratnya dari pintu dapur yang kita sendiri telah maklum akan maksudnya. Kita pun meminta permisi dari tetamu dan terus ke dapur mengambil minuman dan kueh yang tersiap disusun rapi di atas talam (bagi yang ada trolley tu, dah ready untuk di tolak) untuk dibawa ke depan.

Disebabkan rancaknya perbualan hinggakan licin habis kueh yang dihidang. Malah kita yang pemurah ini pula bergegas ke dapur menambah kueh yang telah hampir-hampir licin. Apa lagi apabila mendapat pujian dari sahabat kita yang kita ni bertuah mendapat isteri yang pandai memasak kueh yang sedap itu. Waktu hampir-hampir nak maghrib, barulah nada perbualan kita pun bertukar ke sesi kesimpulan dan masing-masing berjanji untuk bertemu lagi di waktu-waktu yang sama masa depan.

Kita pun terasa puas apabila sahabat kita tadi telah pulang dan terasa benar pahala telah kita perolehi kerana telah melayan tetamu dengan sebaik mungkin. Kita pun dengan hati yang seronok menceritakan kepada isteri tentang isi perbualan, perangai baik-baik sahabat kita ini tadi, dan pelawaannya menziarahinya. Tetapi kali ini isteri kita tu macam layan tak layan aje. Seolah-olah dia tidak restui pulak kedatangan sahabat kita tadi. Mulalah hati kita ini naik risau nak pelawa rakan-rakan lain datang ke rumah kita. Malah ada yang dikalangan kita yang takut nak pelawa tetamunya masuk ke rumah. Dia hanya melayan rakan-rakan tadi di pintu dan mana-mana yang ada bangku atau tunggul batu di tepi pagar tu, akan mempelawa tetamunya itu duduk di situ sahaja. Sampailah tetamu tu balik. Serik nak ajak ke dalam sebab isteri dah semacam tak enjoy bila kawan-kawan kita datang.
Mengapa boleh terjadi demikian?

Dari sudut melayan tetamu tadi, memang boleh diakui, kita telah mendapat pahala yang banyak. Tapi kita juga terlupa yang pahala itu juga telah sepatutnya diperolehi oleh isteri kita di dapur tu. Tetapi kalau isteri telah bermasam muka sebaik saja tetamu kita itu beredar, maka sudah pasti pahala untuknya terlepas begitu sahaja.

Bagaimana pula isteri kita tu boleh bermasam muka?

1. Dia terasa teramat malu jika tetamu masuk ke rumahnya terutama sekali ruang tamunya yang keadaannya bersepah lintang pukang tidak tersusun. Kredibilitinya sebagai seorang isteri yang baik akan dirasainya hilang. Dia mula akan menyalahkan tetamu itu dan mungkin juga kita kerana tidak memberitahunya lebih awal. "Telefon dan e-mail kan ada, mengapa tak beritahu!", fikirnya.

2. Tetapi bagi kita sang suami ini, tidak kisahkan sangat keadaan bersepah itu. Kita punya anggapan bahawa keadaan ini menunjukkan betapa sibuknya kita dan aktifnya anak-anak kita bermain di dalam rumah kita tu. Lebih banyak sepahnya, lebih aktiflah anak kita tu. Bertambah megahlah kita nak bercerita tentang kenakalan anak-anak kita tu. Ada harapan jadi "Power Rangers" atau yang lebih Islamik tu, menjadi macam "Khalid ibnul Walid - pejuang Islam yang terbilang tu".

3. Bila tetamu kita balik, kita pula menceritakan tetang kehebatan sahabat kita tadi. Terlupa kita akan kehebatan isteri kita sendiri yang berkorban tidak menyentuh kueh tadi kerana semata-mata melayani tetamu kita yang juga menjadi tetamunya. Dilarang pula anak-anak kita memakan kueh tadi semasa di dapur, sebab takut-takut kita akan meminta lagi, sedangkan kueh itu dibuat sedikit hanya untuk keluarganya sahaja. Dan memang benarlah sangkaannya, apabila kita meluru kali kedua ke dapur bertanyakan kueh itu lagi.

Oleh itu suami-suami yang dirahmati Allah!

1. Apabila tetamu datang secara mengejut, kita hendaklah menyambutnya diluar pintu dahulu dan menantikan isyarat dari isteri membenarkan kita masuk apabila dia telah selesai menjalankan tugas "mission impossible"nya itu.

2. Jangan pula kita melayan tetamu kita itu di luar rumah sahaja. Ini juga akan mengecilkan hati isteri kita. Dia juga inginkan pahala di atas kunjungan tetamu kita itu. Melainkan kita tahu isteri kita itu tidak bersedia atau sakit.

3. Pandai-pandailah kita mengawal suasana jika kita sendiri tahu yang kueh yang dihidang itu tinggal sedikit atau ke dapurlah kita bertanyakan dahulu kepada isteri kita. Pendekatan ini lebih selamat. Ia tidak akan memalukan tetamu kita dan juga isteri kita.

4. Sebaik-baik sahaja tetamu itu beredar, kita hendaklah ke dapur dan mengangkat cawan dan piring kosong itu ke singki. Kalau yang rajin sikit tu, teruslah basuh semua piring dan cawan yang digunakan tadi. Paling kurang ialah kita ucapkan "Terima kasih Darling, kerana menolong abang menyediakan minuman dan kueh untuk tetamu abang tadi." Yang lebih syahdu lagi hendaklah ditambah, "Semoga usaha kita tadi mendapat pahala dari Allah SWT".
Jika beginilah amalan kita, pasti isteri kita akan berkata, "Nanti kalau dia datang lagi, kita buat laksa Kuala Perlis nooo!"

Cubalah!

Ahmad Shafiai Uda Jaafar
(Pak Utih)Mobile: 019 336 0522 Dean Faculty of Education and Human Development"Helping Boys Nurturing Girls in Early Childhood Education"Kolej UNITIPasir PanjangPort Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia
www.uniti.edu.my

shared by Ikram Johor