note the date. exactly 2 years before ours. hu Allah peliharalah hati2 kamiiii.
 
 Pinanglah daku kerana dakwah.       
Salam,
malas juga nak cakap tentang perkara ini. sebab rasa cam tak best 
plak asyik2 cakap pasal kahwin, sebab kahwin ini wasilah, sedangkan 
tujuan utama tetap ibadah kepada Allah dan menjadi khalifahNya.
Namun saya kira isu ini agak berat di saat ketika dakwah menjadi satu
 perkara yang amat phenomenan di era mihwar jahriyah ini. Menyebabkan 
unsur-unsur penjagaan dan juga kemanisan dalam berBM ini sedikit 
dicemari dengan tindakan peribadi mahupun perasaan duat itu sendiri.
Baitul Muslim ini urusan besar.
Saya katakan, ianya 
URUSAN AMAT BESAR.
Saya tanya pada kamu, susah tak nak bina individu muslim?
Susahkan….?
apatah lagi sebuah baitul dakwah. Ianya bukan sekadar sebuah akad nikah. 
Ianya adalah satu wasilah untuk urusan lebih besar dari itu. maka bersedialah dan berfikirlah sewajarnya akan hal ini.
Berbicara tentang perkara ini amat berbeza sekali fenomenanya dikalangan ikhwah dan akhawat sendiri.
Berbual dengan suami saya sendiri mengenalkan saya akan kepelbagaian 
sikap-sikap ikhwah mahupun saya sendiri mengenali banyak kisah-kisah 
akhawat yang ada.
Lain orang, lain ragam dan ceritanya.
Sebelum melangkah, mengambil keputusan dan memasang niat, jadilah 
perjalanan antum menuju anak tangga seterusnya, perjalanan yang terbaik 
sekali.
dari awal, sehinggalah pengakhirnya.
Di situ ada barakah, di situ ada kemanisan, di situ ada sebuah cerita 
yang layak diabadikan untuk dijadikan contoh buat anak-anak kita nanti.
Kisah kita takkan sama dengan kisah ibu bapa kita dahulu.
Dakwah di zaman ini berbeza. Sikapnya pun berbeza. Maka penjagaannya begitu juga.
Sikap ikwah dalam menjaga ikhtilat ini berbeza sekali. Ada yang 
sangat menjaga hingga tak memandang perempuan pun ( ehem ehem), 
sehinggalah yang suka memandang akhawat untuk mencari calon pasangannya.
 ada yang mahu menunggu hingga umur 30 tahun, mencukupkan keperluan 
serba serbi barulah nak dibina mahligai rumah tangga ini. ada yang 
sedari belasan tahun sudah decide untuk bertunang demi berumah tangga.
begitu juga naluri seorang akhawat berbeza sekali. ada juga yang dah bersedia awal. ada yang belum lagi.
dan saya nampak indahnya ikhwah akhawat ini kerana mereka tak memilih
 couple sebagai jalan penyelesaian dalam menyelamatkan perasaan. Mereka 
tetap memilih akad demi menyelamatkan perasaan mereka.
Banyak orang banyak kisahnya. Banyak contoh boleh didapati. Ada yang 
memberi contoh terbaik. Ada yang amat menjaga segala proses BMnya 
sehingga semua terkejut saat dia mengumumkan tarikh pernikahannya. 
Adajuga  yang sedikit longgar dalam urusan BMnya. Contact tanpa orang 
tengah dan sebagainya. Antum lihat, dan tanyalah hati antum apa yang 
terbaik mahu antum ikuti.
kerana antum akan menjadi contoh pada anak binaan antum dan anak2 antum sendiri. Jika antum  sendiri longgar, maka longgarlah anak binaan antum. Begitu juga anak2 antum.
Namun jika kita benar menjaga langkah-langkah kita semenjak awal, 
hingga akhirnya, itu akan menjadi contoh pada anak binaan kita.
Bukan itu sahaja, bagaimana penjagaan hati anda dengan Allah? takkah anda malu cintamu pada Allah telah tercemar?
Sebab ada juga yang bertunang lama, dan akhirnya membuka ruang untuk 
diri mereka bercouple tanpa disedari. bercinta tanpa sah. Ini adalah 
suatu virus yang akan melemahkan jiwa seorang akh dan juga ukht.
Melamar secara direct.
Ada juga akhwat yang melamar ikhwah secara direct. walaupun paling ramainya adalah ikhwah sendiri.
Ada yang secara sms mahupun email.  Saya tersenyum terkadang menerima
 berita ini. Dan terkadang saya berfikir, takkan naqib ikhwah tersebut 
ataupun ikhwah lain tak memberikan contoh kepada ikhwah tersebut bahawa;
 
sebelum melamar, rujuk dahulu naqibah akhawat tersebut.
Itu lebih gentleman, dan sejahtera untuk hati ikhwah dan akhawat tersebut.
Akhwat sangat rasa offended bila ikhwah melamar tanpa adanya 
kehadiran orang tengah. Walau beremel, biarlah ada orang tengah. Jika 
bersms, biarlah ada orang tengah mengetahuinya.
Suka itu penting dalam berbaitul Muslim, walaupun itu bukan satu 
syarat kerana perasaan itu boleh dibina. Ada yang dah berkenalan 
terlebih dahulu, ada mengenali lewat program ataupun emel.
Namun untuk memilih calon isteri itu, 
bukanlah memberi ruang untuk mata kita meliar mencari siapakah calon isteri kita.
kerana kita berkahwin sendiri untuk menjaga hati kita. Agak ironi dan pelik, 
jika sebelum kahwin sendiri kita sudah tidak menjaga hati kita dan membenarkan syaitan-syaitan memasuki ruang hati kita.
kerana itu, walaupun tidaklah semua cerita Baitul Muslim ini indah, 
namun pada kebanyakannya, jika proses itu dimulakan dengan perbincangan 
bersama nuqaba, outcomenya pasti indah. samada positif mahupun negatif.
Kebanyakan akhwat yang merujuk saya apabila ada ikhwah melamar secara
 direct, outcomenya pasti sedikit mengecewakan ikhwah tersebut. Samada 
ditolak bulat-bulat, mahupun akan berlaku masalah di perjalanan.
Indahnya apabila dakwah menjadi sandaran kita.
Ada kata-kata dikalangan ikhwah yang mengatakan bahawa, 
kalau  kahwin dengan akhawat ini, confirm settle agama. So, sekarang kita kena carilah yang comel dan cantik pula.
Saya tergelak juga menerima kenyataan ini, sebab memang sisters sendiri beranggapan begitu. Ada kata-kata mengatakan:
‘
 asalkan ikhwah sudah! tak kisahlah siapa pun dia!!’
Niat untuk kahwin sesama ikhwah akhawat itu sangat bagus. Dan itulah 
yang lebih utama. Tapi berkahwin ini melibatkan dua pasangan yang ada 
hati dan perasaan . Bukan nak kahwin dengan benda. Di situ ada 
nilai-nilai manusiawi.
Manusia ada kelemahannya-kelemahanannya. Tak semua akhwat sama level 
dalam tarbiyah dan dakwah. Ada yang tak cukup muwasafatnya lagi. Ada 
yang lebih utama untuk dikahwini lebih dahulu berbanding lain.
Jika kamu letakkan dahulu citarasa diri kamu berbanding dakwah, adakah kamu ini wajar digelar rijal dakwah?
Allah akan beri kamu yang terbaik.Jika kamu memilih pasangan kamu kerana Dia.
Sebab itulah nuqaba perlu disantuni dahulu. Ada yang bermasalah 
dengan nuqaba, maka santunilah orang tengah yang lebih ditsiqahi.
di situ orang tengah akan suba sedaya upaya menjaga ego seorang 
lelaki mahupun seganya seorang perempuan dalam proses ini. Pengenalan 
dalam pertunangan berlaku di bwah pandangan mata Allah, bukannya 
syahwat. Dan insyaallah kamu akan dikurniakan orang yang terbaik buatmu.
Saya tak tahu berapa ramai ikhwah yang baca blog ini, namun ingin saya katakan pada mereka, 
pinanglah akhawat kerana dakwah.
Jangan kaburinya dengan perasaan suka mahupun cinta pada sebuah 
keindahan wanita. Maknanya terkadang terkaburnya niat kita itu 
menjadikan istikharah kita tak menentu, mahupun kita tergopoh gapah 
dalam bertindak.
Bila kita berkahwin kerana Allah, kita akan menjaga setiap 
langkah-langkah kita dalam berBM ini. termasuk tempoh pertunangan itu 
sendiri yang banyak mengundang fitnah dalam hati ini.
Tempoh pengenalan sebelum berkahwin itu penting untuk melihat 
keserasian. Namun berkenalan selepas kahwin itulah terlebih indah serta 
manis. setiap saat akan ditunggu demi mempelajari sifat baru pasangan 
kita.
Jagalah gentlemannya anda dengan tidak bertanya direct pada akhwat. 
Jangan malu untuk meminta bantuan orang tengah. Anda akan dihormati dan 
dikagumi oleh mana-mana akhwat pun. Jika mereka menolak, keegoan anda 
tidak terusik dan anda pasti akan dicarikan akhwat lainnya.
Untuk akhwat, keadaan diri kita berbeza. Satu ekstreme, ramai akhwat 
sudah meniti senja usia, menantikan pinangan ikwah yang mahu meminangnya
 kerana dakwah. Mungkin umur sudah beranjak, muka sendiri tak berapa 
comel.Sangat tangkas pula tu dalam dakwah menyebabkan ikhwah sedikit 
kecut untuk meminang. kita jelas dalam memilih ikhwah sebagai pasangan 
hidup kita kerana kita mahukan ketenangan hati dan kestabatan di atas 
jalan dakwah. Namun bagi ikhwah, keadaan mereka berbeza pula.
jika ada orang soleh meminangmu,
 jangan menolak dahulu sebelum bersyura dengan orang yang bertanggungjawab ke atasmu.
 ( ini jika pinangan itu direct padamu). walaupun cara itu salah dan 
tidak menghormati statusmu sebagai akhawat, namun di situ ada nilai 
ukhuwah yang perlu kita santuni pada ikhwah. Ada tarbiyah yang perlu 
kita ajarkan pada ikhwah dengan cara yang mudah dia terima tanpa 
merendahkan egonya.
dahulu pernah ikhwah mengatakan akhwat kita ibarat 
warden penjara.
 Mereka tak tahu kita bertindak sedemikian kerana kita amat menjaga hati
 kita dengan Allah. kita tahu kelembutan kita mesti mencairkan hati para
 ikhwah.Kerana itu kita tak mahu menjadi bahan fitnah.
Namun seluruh fikrah ini mengajarkan kita untuk berlemah lembut 
dengan manusia dan juga sentiasa mengajari manusia yang silap dengan 
cara yang terbaik.
Maka bersyuralah. itu kuncinya.
Dan nak tahu something? Jika antunna sendiri berkenan untuk berkahwin
 dengan seorang ikhwah, jangan segan untuk bertanya naqibahmu. Itu bukan
 perigi mencari timba. itu usaha untuk menyelamatkan hatimu. Bila adanya
 orang tengah, takkan terasa segan dan malu. Orang tengah akan memainkan
 peranannya, walaupun prosesnya lambat.
Tidak semua yang melalui BM ini perfect.
Sepertimana orang yang kahwin selepas couple pun ada masalahnya, ada 
yang bercerai even. Begitu juga dengan BM. BM ini wasilah untuk kita 
dapat redha Allah. tapi kita pasti diuji. Fasa pengenalan pada awalnya 
sukar bagi dua insan yang langsung tidak pernah bercakap dan bertentang 
mata pun, namun disebalik itu ada kemanisan yang amat sukar diungkapkan.
Ianya amat manis, subhanalllah.
tetapkan matlamatmu. Biar jelas. Biar terang.
Itulah dia kerana dakwah dahulu. kerana Allah dan rasulNya dahulu.
tak semua ikhwah perfect dan tak semua akhwat perfect. Carilah kesempurnaan itu betul-betul pada dakwah, baru yang lainnya.
Allah akan cukupkan keperluanmu akhi wa ukhti, jika kamu memilih Allah sebelum yang lainnya insyaallah.
Jadilah moderate dalam prosesnya
Alhamdulillah, jika proses BM itu dimudahkan Allah. Berimbanglah. 
Berbincang itu perlu untuk menetapkan perkara-perkara yang penting di 
dalam kehidupan rumah tangga. tapi di situ jangan terlalu 
bermudah-mudahan dan menganggap bahawa tunangan kita itu milik kita dan 
kita boleh menyintai dia sesuka hati kita. Bila allah sebagai sandaran, 
segalanya kelihatan dan dirasai rasional.
itu sahaja sempat saya nukilkan.
ada satu soalan dari ukhti ainun. Saya akan tulis dalam ruangan lain iAllah
orang yang penuh kelemahan buat suami saya sendiri,
aisyahz
glasgow