Thursday, November 22, 2012

Kemandirian Ekonomi
Seorang laki-laki seharusnya telah mampu membiayai hidupnya sendiri sejak
memasuki masa taklif, yaitu usia 15 tahun menurut sistem penanggalan qamariyyah
atau lunar system. Selambat-lambatnya usia 18 tahun, seharusnya ia sudah berusaha
untuk memenuhi kebutuhan hidupnya dengan hasil keringatnya sendiri, walaupun
orangtua masih mampu membiayai dan sekaligus masih mau membiayai.

-kupinang engkau dengan hamdalah, ust faudzil'adzim

something yg rasanya ramai parents terlepas pandang. jom kita didik anak-anak lelaki kita? bisnes bisnes bisnes. dan im not someone yg so into business pun. but ive seen it with my own eyes, how it shapes responsibilities, even in non ikhwah. even in someone who doesnt remember their purpose of life. it promotes discipline. and in days like today, when everyone is provoked with the beauty of love between men and women, we have to prep them even earlier, so that they CAN get married early.

bukan sekadar sbb kita beri izin, but also sebab mereka memang layak!

inshaAllah.

Tuesday, November 20, 2012

masalah teknikal (on my side), couldnt hear a thing. semoga Allah ampunkan dosa, dan buka hijab ini esok.
__

   °   dan lupa janji Allah ttg akhirat
   °   kita memilih utk berfikiran negative atau bertindak utk melakukan maksiat dan dosa
   °   namun ALlah itu penuh rahmah dan rahim
   °   maha penerima taubat
   °   amat mudah menerima taubat drpd hambaNya
   °   Pengisian : TAUBAT
   °   sebelum tidur amalkan utk solat taubat 2 rakaat setiap hari
   °   paling minima, bertaubat kepada Allah yg dilakukan di siang hari
   °   minta pada Allah agar ampunkan dosa yg kita lakukan seharian
   °   dan agar Allah pulangkan roh kita suci drpd dosa
   °   doalah kepada ALlah agar menerima taubat kita
   °   ktia bertaubat tanpa syarat
   °   nak bertaubat, taubat nasuha
   °   taubat yg sempurna dan menyeluruh
   °   taubat nasuha = taubat syamila
   °   2. taubat itu nasihah
   °   - apabila kita lakuakn maksiat, kita bertaubat
   °   - suasana taubat itu mengingatkan kita drpd dosa yg pertama
   °   - kita telah berjanji kpd Allah utk tidak lakukan dosa itu lagi
   °   tahrim : 8
   °   24 : 31
   °   dalil al-quran berkenaan ttg taubat
   °   mlm ini, kita lihat sunnah/hadith baginda dan juga contoh sosok2 kehebatan anbiya' Allah ttg taubat
   °   moga dpt menambahkan keyakinan terhadap islam
   °   islam itu adalah deen yg diterima Allah
   °   cara hidup yg lain tidak akan diterima Allah
   °   fahamilah islam seperti yg di mahukan Allah
   °   Al-Agharr bin Jasar Al-Mzany ra berkata : rasulullah saw bersabda : Hai sekalian manusia, bertaubatlah kamu kepada Allah dan istighfarlah kepadaNya, maka sungguhs aya bertaubat istighfar tiap hari 100 kali  - HR Muslim-
   °   sebanyaka waktu, berapa byk kali kita bertaubat kepada Allah
   °   adakah kita terlupa atau bertangguh?
   °   rasul yg maksum itu sendiri bertaubat
   °   bertaubat 100x
   °   kerana baginda ingin mengangkat darjat cinta kepada Allah
   °   bila kali terakhir kita bertaubat kepada Allah?
   °   adakah kita sudah mengulangi taubat kita?
   °   kita nak kan keyakinan utk Allah ampunkan kita
   °   ketika berada di tgh2 sahabat kadang2 tiba2 rasul diam
   °   pada waktu itu rasul sedang minta ampun pada Allah
   °   rasul bertaubat dan minta ampun pada Allah
   °   kita hamba Allah yg sure satu detik akan lakukan maksiat
   °   kita fikir negative, kita fikir keburukkan orang lain, kita rasa happy dalam maksiat
   °   Allah juga membentangkan tgn nya di mlm hari utk menerima taubar org yg berbuat kesilapan di siang hari
   °   vice versa
   °   utk menanti lafaz taubat
   °   memohon keampunan Allah
   °   Allah sedang menanti kita
   °   satu-satunya perkara yg Allah bentangkan tgn adalah utk menerima taubat
   °   Egois
   °   kita takbur. kita rasa kita tak buat dosa
   °   kita tangguhkan taubat
   °   bayangkan, Allah bagi kita rezeki tetapi
   °   kadang2 kita rasa seronok dan tak ucap alhamdulillah
   °   kita ckp Alhamdulillah atau sebut wah?
   °   sungguh berkata wah itu satu kezaliman
   °   kita tidak meletakkan hak ALlah
   °   Allah yg maha pemberi rezeki
   °   ini merupakan satu dosa
   °   bertaubatlah
   °   kadang kala ia nampak kecil, tp apabila tak bertaubat
   °   kita adalah abid yg tidak mengenang budi
   °   mungkin kita terambil harta orang lain
   °   kita tidak melakukan keadilan kepada org lain
   °   asik mengata hak kita..tetapi hak orang lain?
   °   hak Allah
   °   byk perkara yg kalau kita nk kira satu-persatu
   °   kita tak layak utk dpt anugerah atau belaan drpd Allah
   °   byk benda yg kita lalai
   °   Allah buat mcm2 kepada kita, tp kita rasa itu adalah kekuatan kita
   °   aku berusaha bersungguh dan aku berhak dpt kejayaan
   °   itu adalah kezaliman
   °   kita tidak berterima kasih kepada Allah
   °   byk sgt dosa yg kita lakukan tp kenapa kita tak bertaubat
   °   nabi terus bersabda
   °   sentiasalah bermohon taubat kepada Allah
   °   apabila ketika org lain berdengkur pada waktu mlm, kita bangkit utk mohon ampun kepada Allah
   °   disaat Allah sedang turun ke bumi, Allah mencari hamba dia yg sedang bertaubat
   °   agar kita rasa kebesaran dan kasih sayang Allah
   °   sbb Allah kata dlm hadith qudsi
   °   kadang kala kita lakukan kesilapan di atas kejujuran kita
   °   manipulate situasi menyebabkan kita terjebak kepada kemurkaan
   °   Allah sentiasa menaburkan kasih sayang
   °   utk mendapat cintaNya
   °   kita begitu lalai pada Allah
   °   adakah kita masih enggan bertaubat
   °   atau keras hati utk ulang bertaubat
   °   ketika zaman bani israel
   °   tiada seorang pn melalukan sbyk dosa seperti aku, bakarlah aku dan campakkan abu aku di puncak2 gunung..
   °   Allah berkuasa menyiksa ku
   °   sbb terlalu byk dosa yg dilakukan, dia rasa layak dan redha utk terima siksaan kepada Allah..
   °   dia dah rasa sgt teruk
   °   anak2 dia buat apa yg dia suruh
   °   Allah kata "Kun Fayakun"
   °   Allah : apa yg menyebabkan kau buat begini?
   °   dia : Aku telah byk lakukan dosa. aku takut kepadaMu Allah
   °   Allah : aku mengampuni mu, malaikat sebagai saksi, masuklah ke syurga
   °   dia melakukan dosa yg byk dan menyesal, merasakan Allah berhak menyiksanya
   °   Allah menerima
   °   cara dia buat utk seolah tanda memohon ampun..biarlah dia diseksa agar dpt kembali kepada Allah
   °   kisah lain :
   °   aku taat kepada Mu 20 tahun, dan maksiat 20 tahun
zaman nabi Musa
   °   kalau telah bertaubat, tutup
   °   jgn buka kesalah org lai
   °   bertaubat la dari sekarang
   °   TRILOGI SYARAT TAUBAT
   °   tiga macam syarat yg menjadi hak Allah, yakni :
   °   1. menyesal
   °   - mesti ada rasa menyesal
   °   - menyesal terhadap apa yg telah kita lakukan
   °   -kesalah yg dilakukan mesti kita sesali
   °   2. berhenti dari berbuat dosa
   °   - berhenti terhadap dosa yg sedang kita lakukan
   °   3. Bertekad utk tidak mengulangi lagi
Semalam, selepas selesai menunaikan solat zohor, saya mencapai handphone di atas meja. Ada dua SMS yang saya terima. Saya meneliti yang pertama:
"Salam. majlis pada bulan December nanti dibatalkan".
Saya amat terkejut saat itu kerana saya tahu, majlis akad nikah adik, Anis (bukan nama sebenar) bakal berlangsung lagi 2 minggu di Kuantan Pahang. Saya sebak serta merta, lalu mendail.
Saya: Assalamualaikum Anis. Anis, akak minta maaf akak lama xcontact awak, sebab akak sibuk akhir2 ini. Akak xsempat pun nak berbual atau jumpa awak sebelum awak nikah. Akak terkejut dapat sms awak... Boleh akak tahu, kenapa majlis dibatalkan?
Anis: Akak, tolong doakan saya kuat dan sabar kak. Tunang saya dah meninggal dunia Sabtu lepas, accident motor....
Saya: Innalillahiwainna ilaihi raajiiun. 
Kami berborak panjang, dan apa yang saya kagumi tentang Anis, dia seorang yang sangat tenang, sepanjang berbual dengan dia, langsung saya tidak mendengar esakan tangisnya.
Saya: Anis, awak kena kuat. Awak ada masa depan.Allah sayangkan dia, dan ALLAH sayangkan awak. Jika awak sayangkan tunang awak, hadiahkan dia doa semoga ALLAH menempatkan dia di syurga, dan nanti awak boleh jumpa dia. Mungkin di sana, awak dapat ucapkan terima kasih pada dia kerana dia dah banyak mebentuk awak menjadi insan yang baik. Anis, akak nak ceritakan sesuatu pada awak. Awak masih ingat pada kak Teh? Kak Teh, senior akak di Auckland yang kematian suaminya (jiran belakang rumah akak di Perlis)? Diorang kan baru nikah 4 jam, tapi suaminya meninggal dalam accident, kereta-lori. Kisah ni ada disiarkan dalam TV3, 3 tahun lepas.
Anis: owh, ha ah, saya ingat. Macammana kak teh sekarang kak?
Saya: Inilah yang akak nak ceritakan pada awak. Dia seorang yang awak kena jadikan inspirasi. Dia sabar dan yakin dengan janji ALLAH, menerima takdir hidup dengan redha. Lebih kurang setahun selepas kejadian tu, dia menikah semula, dengan engineer yang dulu belajar di Jepun. Sekarang, dia dah berkerja, dan ada buat bisnes sikit. Look, Anis. Orang yang sabar, optimis dan memandangkan pada masa depan akan terus maju. Dia tidak menghilang dalam kenangan. Dia tidak hidup dalam kesedihan dan kenangan silam yang pedih. Life must go on, Anis! You have your own life. You have your destiny, your dream. Awak boleh menangis dan bersedih, kerana akak tahu awak manusia biasa. Sedangkan RasulALLAH saw juga menangis ketika anak beliau meninggal, apatah lagi manusia. Awak menangislah, berikan tempoh buat diri. Kemudian, awak BANGUN, dan teruskan KEHIDUPAN. ALLAH tidak zalim, Dia maha Adil. Akak yakin, ALLAH sedang menyediakan sesuatu yang menarik buat awak. Sebuah kehidupan yang lebih baik daripada kehidupan sekarang. You just have to BELIEVE Him! Akak akan doakan awak. Nanti bila akak turun KL, akak contact awak ye..dan if you feel down, dont hesitate to contact me. I'll call u back.
Dia semakin tenang, dapat ku rasakan ada sedikit senyuman di akhir perbualan kami. 
Anis... ALLAH bersama kamu! Sabar, dan ALLAH mengangkat darjatmu, sayang!
Moga nukilan ini dapat membantu kamu menjadi hamba yang menang dalam ujian kasih sayang ini.
Anis, ini bukti akak dah melunaskan janji akak untuk meng-update blog ye? Alhamdulillah.
...................................................................
Jodoh?
Inilah jodoh. Semuanya TAKDIR ALLAH, yang telah tertulis sebelum kita lahir lagi. Kita harus yakin, Jodoh itu bukan perancangan kita, namun perancangan ALLAH.
ALLAH yang mentakdirkan kita berjumpa, bertaaruf, menghadirkan perasaan cinta, mempertemukan saudara, dan membina bahagia...
ALLAH jua yang mentakdirkan kita berpisah, kita menangis, kita kecewa, terluka, malah Allah jua mampu untuk menghilangkan cinta, membina permusuhan dan perkelahian saudara. 
Semua ini kerana apa? Kerana ALLAH menguji kita dengan Cinta-NYA. Apakah kita masih mencintai ALLAH, saat kita diberikan bahagia, atau apakah kita masih mencintai ALLAH saat kita hilang cinta manusia, dikecewakan, diberikan harapan palsu, dibenci, difitnah atau apa sahaja?
Maka beruntung bagi hamba  yang masih sabar, dan teguh tunduk mencintai ALLAH, dalam sujudnya saban hari, di ketika sunyi dhuha dan embun malam, juga esak tangis doanya, dan rintihan hati hamba hina yang mengharap secebis kekuatan TuhanNYA. Beruntung wahai kekasih ALLAH yang sabar... =)
Dalam sujudmu, bayangkanlah kamu sedang mencium ALLAH, kamu sedang menhadiahkan segenap tubuhmu yang hina pada DIA. Kamu mencintaiNYA, dan inilah bukti cintamu..
Dalam doamu, bayangkanlah kamu sedang berkongsi rasa gembira, kecewa, penat, putus harapan atau apa sahaja pada kekasihMu, Allah... Luahkan.. Luahkan apa sahaja, kerana DIA suka mendengar rintihan dan  esakanmu.Berdoalah apa sahaja. Allah tidak akan pernah marahkan doa kamu yang ikhlas. Dia sedang mendengar sambil tersenyum pada kamu........
Menangislah kerana Allah, itu bukti cintamu pada Dia. Jangan menangis kerana manusia..
Jangan! Jangan menangis kerana kamu ditinggalkan sepi, lemah, berat menanggung beban, Jangan menangis kerana kamu kecewa dengan mulut-mulut manusia yang tidak memahami, menghukum dan mengasari kamu, jangan kamu menangis kerana janji palsu manusia. Jangan.
 Menangislah kerana kamu mencintai ALLAH =) 
Menangislah kerana dosa dan kekurangan diri kamu. Menangislah untuk bertaubat dari kealpaan lalu. Menangislah kerana hakikatnya, kamu lemah berbanding ALLAH.
yang SUSAH bagi kamu, adalah MUDAH bagi ALLAH. Mohonlah bantuan, pertolongan dan kasih dari ALLAH. Jangan malu meminta, setelah kamu baiki amalan dan kesucian hatimu. Jangan pernah Malu, kerana ALLAH terlalu Lembut, bahkan Penuh Kasih Sayang.
Bercakaplah dengan RasulALLAH yang mulia. Berselawat kemudian bertuturlah dengan Baginda. Bayangkan kamu berada di Masjid Nabawi, di tepi makamnya, kemudian adulah apa sahaja. Ceritakan pada Baginda yang mulia masalah dan kelemahan dirimu. Mohonlah syafaat dan kasihnya menguatkan kamu dan memandu arah hidupmu...
Jangan pernah risau. Hamba yang sabar ada ALLAH dan RASULALLAH SAW.
YAKIN!
....................................
Saudara pembaca sekalian,
Bagi yang telah menemukan jodoh, alhamdulillah. Bersyukurlah pada ALLAH, dan hargailah hadiah indah ALLAH buat kamu.Sayangilah pasangan masing-masing. Sungguhpun pada pasangan kamu itu, punya kekurangan, ingatlah yang ALLAH hadirkan kamu buatnya, untuk melengkapkan kalian, untuk menjadikan kalian pasangan syurga. Bukan sahaja syurga dunia, di mana kalian saling berlapang dada, dan bersabar antara satu sama lain, malah pasangan syurga akhirat. Lelaki yang soleh akan menghantarkan isterinya ke syurga, begitu juga sebaliknya. Salinglah membantu dalam melakukan kebaikan. Senantiasalah merefleksi niat dan halatuju pernikahan, agar redha ALLAH sentiasa meliputi perjalanan kalian.
Bagi yang sedang menunggu jodoh. Bersabarlah... dan baikilah diri masing-masing. 
Perbaikilah diri masing-masing dari aspek fizikal seperti penampilan, kekemasan, kesihatan, aspek rohani dari segi kecintaan kepada ALLAH, RASULLAH saw, memperbanyakkan amalan sunat (puasa sunat, solat sunat, sedekah), bacaan dan hafazan quran dan hadis,  aspek emosi seperti ketahanan mengawal emosi,   hubungan sesama manusia (keluarga, jiran dan sahabat handai), dan juga dari aspek mental seperti kebijaksanaan menghadapi ujian dan masalah, pengurusan kewangan dan lain-lain. Masih banyak untuk belajar kan?

Jaga diri, teruskan tersenyum, kerana saya dan kalian ada kehidupan yang harus diperjuangkan.
Positif, dan teruskan membaiki diri, jalani hidup dengan tabah dan yakin diri! 
Jom!
Bangkit dari kelemahan.
Bangun dari kejatuhan.
Usir kekecewaan, 
Buang kesedihan,
Kejarlah Bahagia....!
Dihadapan sana ada sebuah kehidupan indah...!
Jom!!
Saya sayang kalian.
Sekian, assalamualaikum wbkh.
Alfaqir ila ALLAH,

Saturday, November 17, 2012

asthma

living with people with asthma:

from Living with and caring for children with asthma:
i) expect to dust and clean the house entirely every week
ii) ensure proper ventilation in mold/wet areas such as the bathroom, the laundry area, etc.
iii) check for allergens, what the patient is allergic to, and avoid it (perfume, cats, etc)
iv) prepare a to do list for emergency asthma attack situations (so that you don't panic)

Sunday, November 11, 2012




in the name of Allah, 
from cincin pinangan, adab pernikahan islami, downloaded from dakwah. info.
link: http://www.filefactory.com/file/12hd1vfvbjv9/n/Cincin_Pinangan_-_Adab_Pernikahan_Islami.pdf