aku lafazkan akad bagai sudah berlatih seminggu sebelumnya. Walhal baru beberapa minit sebelum majlis bermula. Ada juga sahabat yang bertanya sebelum majlis, “kau dah hafal belum lafaz terima nikah?”..”i do aje cukup,” jawab aku bersahaja.
Bagi
 aku, saat akad itu bukanlah perkara yang perlu aku bimbangkan sangat. 
Implikasi daripada lafaz akad itu yang lebih utama untuk aku persiapkan 
diri. Amanah kepimpinan bertambah, tanggungjawab terhadap keluarga 
bertambah luas, dosa yang dipikul dari isteri dan anak-anak..dalam 
keadaan ini, ilmu sentiasa perlu bertambah sedangkan masa semakin 
suntuk. Dahulu kita lebih banyak masa sendirian, namun selepas akad masa
 yang ada perlu diluangkan bersama. Dahulu kita boleh buat aktiviti ikut
 dan kita, namun selepas akad perlu consider perancangan pasangan. Dan 
bermacam-macam situasi ‘dahulu..namun kini’ lagi.
Ramai
 orang tidak melihat insitusi keluarga itu adalah sebuah binaan yang 
batu asasnya diletakkan seawal perjanjian akad nikah terlaksana. 
Bangunan itu tidak serta merta berdiri lantas boleh terus didiami dengan
 senang lenang mengimpikan semuanya yang indah-indah bakal ditempuh 
bersama pasangan. Institusi itu dibina batu demi batu, tidak boleh gopoh
 dan perlu sentiasa cermat. Perlukan persefahaman bentuk rumah apa yang 
ingin dibina, apa pula yang hendak diisi, siapa yang bakal diami, 
bagaimana aktiviti-aktiviti di dalamnya..pokoknya, batu asas yang 
diletakkan perlu betul. Nawaitu mendirikan rumahtangga perlu jelas agar 
bangunan yang dibina atasnya tidak rapuh. Ya, sebagaimana bangunan yang 
kukuh berdiri melawan angin kencang dan gemp.
Bagi
 kami, asas kami benar. Ya, kami ada sejarah tersendiri zaman-zaman 
sebelum mengenali jalan dakwah. Bahkan boleh juga dikategorikan zaman 
budak hingusan. Tapi sekadar cerita lama itu tidak mungkin akan membawa 
kami di mana kami berada sekarang sebagai suami isteri.
Binaan
 yang telah kami bina ini, kami sulamkan dengan taqwa, kami doakan dalam
 sujud dan solat istikharah, kami batasinya dengan akhlak islami dan 
kami hidupkan taaruf dengan cerita-cerita di medan amal. SMS sudah pasti
 sangat jarang, telepon apatah lagi. Seingat aku cuma 2 kali; sewaktu 
tayar kereta isteri (masih akhawat bujang ketika itu) pecah dan tersadai
 di tepi highway UPM dan sekali lagi ketika merancang untuk ke kursus 
Mahligai Kasih Kita. Itu sahaja sepanjang tempoh taaruf selama setahun.
“Setahun
 aje korang berkenalan!?,” tanya rakan-rakan sekerja aku kehairanan. 
Mana mungkin setahun berkenalan, melalui medium SMS dan email sahaja, 
sudah boleh mendirikan rumahtangga..kerana itu aku katakan ramai tidak 
melihat institusi keluarga itu sebuah binaan yang perlu dibina bersama. 
Pembinaan itu selepas akad..sebelum akad cumalah proses mencari jurubina
 atau rakan kongsi yang sesuai. Proses bertaaruf kami masih on going, 
bukannya tamat sewaktu akad termetrai. And each time, there’s always 
something wonderful to learn about the other half.
___________________________
dari: http://qayyim-asma.blogspot.ca/ 
 
No comments:
Post a Comment