Tuesday, March 12, 2013


Pak Utih | Lelaki Sukar Meminta Maaf



Mekanisme Otak Lelaki dan Wanita

Orang lelaki kebanyakannya berkonsepkan 'monotrek', kurang menggunakan bahagian emosi yang terdapat di tengah-tengah otak. Binaan ini bertujuan supaya orang lelaki fokus mindanya kepada perkara-perkara luaran agar cepat mengubah sekeliling dan menerokai alam luas. Mereka cepat menyalahkan orang lain, perkara lain dan persekitaran untuk membaiki sesuatu isu atau rintangan.

Orang perempuan pula adalah 'multitrek', minda yang fokus kepada hubungan interpersonal. Maka banyak menggunakan bahagian emosi sebagai motivasi untuk mengeratkan hubungan peribadi. Perempuan akan cepat menyalahkan dirinya apabila timbul sesuatu isu agar dapat bersedia untuk menjaga hubungan dengan orang lain. Perempuan lebih cenderung untuk menyalahkan dirinya berbanding lelaki.



Bila Lelaki Membuat Kesalahan

Lelaki kelihatan ego kerana tidak mahu menyalahkan diri sendiri. Tetapi hakikatnya ialah binaan atau litar mindanya tidak berkait rapat dengan emosi dan dalaman dirinya. Ini bertujuan agar lelaki cepat bertindak 'menyerang musuh' semasa lelaki sedang berjuang di medan perang. Kalau binaan lelaki sama dengan perempuan, maka musuh tak akan berjaya ditawan kerana asyik dengan perasaan menyalahkan diri sendiri dari menyalahkan musuh.

Oleh itu, perempuan perlu bijak dan tahu bagaimana menguruskan lelaki yang sedang membuat kesalahan.

Jika lelaki membuat silap, pada peringkat awal, mereka tidak akan mengaku kesilapan diri dan mencari kesalahan orang lain dan terus menyalahkannya. Tetapi, lelaki akan mula memikirkan kesilapannya apabila jiwanya tenang dan ketika bersendirian.

Jadi, jika lelaki sedang membuat satu kesalahan, perempuan jangan sekali-kali terus fokus kepada kesalahan dirinya tapi fokus kepada faktor luaran dahulu. Ini dapat mengurangkan lelaki rasa mahu marah.



Contoh Situasi

Si suami terlanggar tepi tebing jalan semasa memandu, dan mengadu kepada si isteri. Jangan terus berkata, "Abang tu yang selalu lalai, tengok benda lain." Ini akan menaikkan kemarahan si suami kerana mekanisme otaknya sedang memikirkan perkara luaran.

Dalam situasi ini, apabila suami mengadu, isteri yang bijak akan memikirkan perkara luaran dahulu, "Tebing tu rendah kot", "Stereng kereta tu licin kot", "Tak nampak sebab cuaca berkabus mungkin", atau "Ada budak main kat depan sampai abang tak nampak." Pasti si suami ini merasa isterinya bersama dengannya dan menghormati dirinya.

Perlahan-lahan, perempuan cuba untuk menganalisa bersama dan membawa pemikiran lelaki untuk memikirkan faktor kesilapan pada dirinya daripada menyalahkan faktor luaran.



Pak Utih, Ahmad Shafiai Uda Jaafar

Sumber: RatuHati.com



--------------------------------------------------


Mahu tahu lebih lanjut tentang perbezaan komunikasi antara lelaki dan perempuan? Adik-beradik, teman sekerja, suami isteri?

Bagaimana pula mahu menghadapi perbezaan ini?

Nantikan!

STEP II: When Mecca Meets Medina
29 Mac 2013

P/s: Tempat akan dimaklumkan kemudian.




IKRAM Mesir 2013
http://ratuhati.com/rumahku-syurgaku

No comments:

Post a Comment