Wednesday, September 12, 2012

sedia?

"Dan tanah yang baik, tanaman-tanamannya tumbuh subur dengan izin Tuhan; dan tanah yang buruk, tanaman-tanamannya tumbuh merana. Demikianlah kami menjelaskan berulang-ulang tanda-tanda (kebesaran Kami) bagi orang-orang yang bersyukur"
..al-A'raf;58
Pada usrah yang lepas, seseorang mengatakan kepada saya..
"I respect u. Dahla baru balik oversea after 6 years.. terus nak kahwin. Kalau I surely nak enjoy dulu at least a year.U choose not the easy path"..
Memang ini bukan jalan mudah. Sebab ia adalah sebahagian dari jalan dakwah yang nafasnya, kita semua tahu adalah panjang dan tiada karpet merah. Ia adalah sebahagian dari episod tarbiyah saya (read: kami berdua)… dan saya tahu selepas ini gunung makin tinggi untuk didaki, lautan makin berapi untuk direnangi.. hoho. Tapi tarbiyah kan didikan untuk hati maka hati perlulah bersedia walaupun it's-not-the-easy-path
Siapa kata saya tak cemas.
Hehe
Dan siapa kata saya GILA-GILA bersedia… baik dari aspek spiritual, konsepsional, fisikal, material, atau sosial.. mungkin sahaja ia baru 50%! Tetapi, pernikahan bererti mempertemukan kepentingan-kepentingan dan bukan mempertentangkannya. Semoga dengan pernikahan ini,dengan izin Allah segala kepentingan tersebut akan dilengkapi.
Seperti tulisan Dr.Farhan dalam bukunya Denyut Kasih Medik, "Dakwah untuk semua tetapi tarbiyah adalah untuk hati yang sedia dididik", maka..kalau pernikahan ini adalah salah satu episod tarbiyah saya, maka apa yang perlu saya sediakan adalah hati yang sedia dididik. Faham ke?
Di sini letaknya konsep tanah yang baik tadi. Sudah tentulah saya bukan tanah terbaik di muka bumi ini...sekadar tanah bumi komunis yang gersang serba serbinya (sekadar bermetafora).. namun diharap, dengan sebuah pernikahan yang barakah ditambah lagi dengan doa kalian semua, ia berupaya menghasilkan tanaman-tanaman yang subur dengan izin rabbul alamin.
Sudah tentu ianya bermula sekarang.
bagaimana saya istiqamah dalam tarbiyah.. dan bersungguhnya kami menjaga batasan semasa bertunang agar Allah melimpahkan rahmat selepas bernikah. Walaupun sebelum ini lautan dan benua membantu dua hati untuk saling menjaga diri daripada murka ilahi, namun setelah pulang ke tanah air..walaupun tiada lagi lautan dan benua, yang kekal ialah iman dan takwa. Syariat perlu tetap dipelihara.
Astaghfirullah3x..
Sekadar perkongsian dari hati.moga bermanfaat insyaAllah..dan ya, doakan kami. Besar maknanya doa kalian buat pasangan baru berkenalan seperti kami. Yang penting, mesti ada kejelasan matlamat dan kelurusan misi menuju redha ilahi. Buat kalian di sana, kalau sudah menjumpai si dia yang mempunyai kiblat cinta yang sama..why not? Bismillah…
Jazakumullah khair..
"Ya Tuhan kami, berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)" 18;10       

 _____
dari blog k diha <link>. hu. memang rasa tak ready, tak nak fikir lagi. tapi. hu. istikharah yuk. 

TAPI if its only about menyediakan tanah untuk disemai, then its not too complicated, inshaallah. However,  marriage is not only about receiving, but each party has to contribute as well. That, is the part that I don't feel prepared. In addition to that, there are so many haks that I have not fulfilled during my journey as a single person.

Bad news is, yes, I just realized all these, after agreeing to everything. Sigh.

Monday, September 10, 2012

under one roof

dok ngn adik2
huhu scary gak ah
but alhamdulillah so far so good

huu it is very scary
istiqamahlah.. huhu~
the only advice i can give from experience

huhu really?


yup..

hu what happened?

sbb once they know that you can bermudah2an dalam certain perkara
they'll take it as an okay behaviour
haha sila ambil masa dan tafsirkan bahasa yang tinggi ini

huuuuuuuu
paham je kot
thats what everyone says
tp mcm tak nampak lg how big can it be

insyaAllah u can do it!
hehe well it always starts with the small stuff
like?
like malas baca matsurat
haha contohla
or one day u dont have the time to kemas ur room
huhu those small things

T____T

pastu another challenge of living together is
u think u have all the time in the world that u tend to waste most of it on benda2 yg x mengembangkan adik2 tu pun
on benda2 yg x bawa pada ma'ani tarbiyah
mmgla baik je bagi tazkirah pasal kebersihan ke
tp kena sgt aware la apa ma'ani tarbiyah yg adik2 tu boleh dpt dr tazkirah tuuuuuu
or else buang mase je baik cr mad'u lain huhu

T_T
okay sgt membantu kot dpt heads up awal

hihi tp jgn plak tazkirah bwk buku fikrah plakkk haha

haha takleh ke?

u can do the same things, but in a different way thats all
sbb perlu je jugak balance antara ruhiy n fikrah tuu
aritu ktorg buat tazkirah buku syamail muhammadiyah
mmg bes kot.. walaupun buku mcm hadith2 psl nabi fizikal nabi la, rambut la kasut la.. mcm ape tah kesan kpd fikrah?
but the kakak made it clear that kte nak kenal nabi sbb ape.. ape hasil kpd kite?
sbb nak contohi, sbb kan jalan atas jalan yg same dgn nabi
so ade jela ma'ani tarbiyah di situ
cmtulahhh

tp cm scary bc im weak ruhiy wise
hu

xpe je kot.. kalau x bole produce sendiri kebasahan tu, baca je la buku mana2 huhu
reading aloud activities
hueh
ikutla kreativiti anda
ngeh3
u can do it!! insyaAllah!

Tuesday, September 4, 2012

ua

in the name of Allah, the most Gracious, the most Merciful

copy pasted:
Assalamualaikum.

Apakah itu Kuliah Baitul Muslim (BM)?
Kuliah BM ialah salah satu usaha untuk memastikan Baitul Muslim dapat dibentuk agar mencapai tujuan sebenar Baitul Muslim dan juga untuk menuju ke arah kebangkitan Islam.

Fasa-Fasa Kuliah BM :

- Fasa 1: Bujang dan berkeinginan untuk berkahwin
#Kuliah Fasa 1
#Siri Ketaqwaan Jundi Menuju Syurga Allah

- Fasa 2: Seminggu sebelum nikah

- Fasa 3: Pasangan baru nikah, anak kecil 0-3 tahun, anak 4 tahun ke atas
#Charting Your Du’at Family Blueprint

- Fasa 4: Duda dan janda

- Fasa 5: Pendidikan cucu

Bilakah Kuliah BM diadakan?

Hari : Setiap Selasa dan Rabu, setiap minggu

masa : 9.15 - 11.15pm (waktu Malaysia)

*Hari Selasa akan menyentuh tentang Fasa 1, iaitu pengenalan kepada perkahwinan.
*Hari Rabu akan berselang seli antara Ketaqwaan Jundiy dan Charting Family Blueprint.

Medium apakah yg digunakan utk mendengar kuliah ini?
1. Paltalk
- install
- sila add id : moderator_kuliah
- sila klik link : Kuliah Baitul Muslim
2. Skype
- alternatif bagi mereka yg tidak dapat menggunakan paltalk (spt di negeri China, Jordan, Mesir..etc

Siapakah gerangan Ummu Atifah ini?
Ummu Atifah (Kak Ina) merupakan seorang aktivis Islam dan Dakwah yang gigih di Malaysia. Beliau menjadi penasihat dalam bidang Baitul Muslim [Keluarga Islam] di mana beliau sering menganjurkan seminar-seminar dan kuliah kepada semua lapisan masyarakat.

Boleh emailkan kepada jeddijiddah@gmail.com untuk bertanyakan soalan.

“sebenarnye kita tak layak dpt kebaikkan drpd Allah tp dgn redha Allah kita dapat kebaikkan kerana KEIKHLASAN itu rahsia antara hamba dgn kholiq nye” -ummi

wallahua’lam.

what it truly is...

in the name of Allah,

"Ramai yang berpandangan, BM itu dibina semata-mata kerana mereka cukup jelas dengan hukum agama bahawa ber'couple' itu jelas haram.

Ini adalah satu pemahaman yang bagus, namun jika ianya sekadar memahami bahawa BM hanyalah menghalalkan yang haram maka itu adalah satu masalah yang cukup kritikal dan bakal merosakkan tujuan sebenar BM.

Walhal BM itu adalah satu tunggak kepada pembinaan masyarakat yang cukup penting"

"BM yang disebut-sebut bukanlah BM yang boleh dicari di laman web
bukanlah sekadar bersatunya dua manusia berlainan jantina,
tetapi ia lebih daripada itu.

Ianya BM yang dibina berpaksikan kepada DnT,
atas dasar kefahaman bahawa BM yang bakal dibina perlu memberikan satu impak yang besar kepada masyarakat sekeliling"

awesome insight. found it somewhere on the web.

Monday, September 3, 2012

extremely good:
http://www.suhaibwebb.com/relationships/marriage-family/spouse/want-your-marriage-to-last-get-premarital-counseling/

http://www.suhaibwebb.com/relationships/marriage-family/beforemarriage/reading-the-red-flags/

how important is the taaruf process. take it seriously. and no, don't let shyness take over you, and dont ever plan to leave all the taaruf after marriage. find out if you are compatible with the potential spouse, BEFORE marriage, during the taaruf process.

Saturday, September 1, 2012

anger management

in the name of Allah,

birrul walidain: it is not about being right or wrong. it's about to please them, in which ever way possible.

feel provoked too easily?


hasrat hatiku

Apabila telah tiba masaku
Untuk segera mengakhiri lajangku
Dengan segenap kemampuan Allah berikan
Insya Allah janjiku segera kutunaikan

Tapi bila kuraba dalam hati
Kadang seruntun pertanyaan silih berganti
Adakah semua kulakukan terlalu dini
Berdegup jantung di dada kendalikan diri

Namun pernikahan begitu indah kudengar
Membuatku ingin segera melaksanakan
Namun bila kulihat aral melintang pukang
Hatiku selalu maju mundur dibuatnya

Akhirnya aku segera tersadar
Hanya pada Allah-lah tempat aku bersandar
Yang akan menguatkan hatiku yang terkapar
Insya Allah azzamku akan terwujud lancar

<iframe width="420" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/7MftFfnU6FU" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

lagu yang sangat ruhi tentang BM.

saudara persaudaraan, hasrat hatiku.