Wednesday, February 6, 2013

anti bm

Anti-BM

fb DSC_6594
Mungkin akan ada yang alergik atau tak suka bila dibicara mengenai baitul muslim. Tak kurang juga yang mengomel, “Sikit-sikit BM. Sikit-sikit BM. Itu je yang ikhwah tahu.” <sambil buat muka muncung>
Tak kisahlah apa yang nak dikata. Posting ini lebih kepada perkongsian dan pengalaman dakwah yang boleh kita muhasabah bersama. Kalau-kalau ada yang pernah merasainya, atau sedang berhadapan dengannya.
Pernah suatu ketika dahulu, saya pernah dimomokkan tentang satu frasa.
“Kahwin ini adalah alat untuk dakwah. Kalau kahwin akan melambatkan dakwah, tak payah kahwin.”
Ungkapan yang direct. Ada benarnya. Tapi acap kali disalah guna. Konflik alat dan matlamat sering kali dijadikan modal murobbi untuk mematikan hujah mutarobbi.
“Enta nak BM ni, amal qowiyy ke amal dhoif?. Kalau melambatkan dakwah, jadi amal dhoif. So, tak payah kahwin.” Ulas Sang Murobbi bila mutarobbi menyatakan hasrat untuk berBM.
Murobbi Yang Tidak Supportive Dalam Urusan BM
BM ini urusan yang sangat peribadi. Sang Mutarobbi hanya akan luahkan hasrat hendak berBM kepada yang dekat dengannya saja. Idealnya, yang paling dekat dengannya haruslah Sang Murobbi.
Penyakit kita hari ini, murobbi cenderung untuk tidak mengulas tentang BM, sama ada dalam taujihat mahupun muayasyah dengan mutarobbi. Apatah lagi sekiranya murobbi itu sendiri belum berBM.
Setiap kali diluahkan hasrat untuk berBM, Sang Murobbi mula mengalih topik atau mematikan luahan tersebut dengan hujah-hujah ‘alat vs matlamat’. Akhirnya, Sang Mutarobbi putus asa, melupakan hasrat atau mula mencari-cari calon pasangan di luar.
Akhirnya, Sang Murobbi melabel Sang Mutarobbi – tidak meyakini fikrah, cair, kalah dengan godaan dunia dan macam-macam lagi.
Murobbi Tak Ditsiqahi 
Ada mutarobbi yang tidak tsiqah dengan murobbi bila tiba bab BM. Mereka cenderung mencari ‘orang lain’ untuk mengurusi urusan yang besar ini. Boleh jadi yang dirujuk itu ‘orang dalam sistem’, boleh jadi juga yang ‘diluar sistem’.
Kenapa agaknya terjadi begini? Boleh jadi kerana murobbi tidak pernah bertanyakan tentang hasrat si mutarobbi. Boleh jadi, si murobbi seringkali mengulang-ulang point yang berbaur ‘anti-BM’ dalam taujihat-taujihatnya. Boleh jadi juga, si murobbi, bila dibicarakan tentang BM, mula berkerut muka, menunjukkan reaksi kurang senang dan menyampah. Muhasabahlah.
Ana pernah mengenali seorang akhowat dari Indonesia yang belum berBM, tapi ilmunya tentang BM sangatlah hebat. Seolah-olah telah berkahwin bertahun-tahun. Nah, inilah contoh murobbiyah yang ditsiqahi untuk menguruskan perihal BM mutarobbinya.
Janganlah sebab kita belum berBM, kita patahkan harapan mutarobbi kita untuk berBM. Tak bagi langkah bendul agaknya.
Tak Serius Bila Bicara Tentang BM
Ada juga penyakit usrah hari ini, tatkala bicara mengenai BM, akan diselit gelak tawa dan gurauan yang melampau. Seolah-olah hal itu bahan basahkan gusi. Gosip da’i barangkali. Lama kelamaan, elemen kedua dalam marotib amal ini dipandang tidak lebih dari sekadar penghidup suasana. Dalam usrah dan daurah yang penuh keseriusan, bila dibuka topik BM, semua mula ‘hidup’ dan tidak semena-mena menjadi hyperaktif.
Murobbi Yang Melambat-lambatkan Proses BM
Zaman sekarang semuanya mudah. Dengan adanya email, FB, skype, smartphones, tablets dan macam-macam lagi, seharusnya urusan BM ini menjadi lebih pantas dan tangkas. Malang bagi sesetengah mutarobbi apabila murobbinya mengambil enteng urusan ini. Sudah diamanahkan menjadi orang tengah, namun bermudah-mudah dalam menyatukan dua jiwa. Borang BM yang dipohon ambil masa sehingga 2-3 bulan untuk siap dihantar. Emel tidak dibalas. Skype tiada respon.
“Afwan akhi. Ana tak sempat lagi nak contact murobbiyah akhowat tu. Afwan sangat-sangat. Ana tengah sibuk uruskan program itu dan ini. Nanti kalau dah dapat, ana beritahu enta.” Alasan biasa seorang murobbi atau mas’ul. Dua tiga bulan berlalu, masih tiada berita.
Gimana sih?
Usrahmates Yang Anti-BM
Boleh jadi juga, penyakit ini bukan melibatkan murobbi tapi ahli usrah (usrahmates) yang tidak supportive dalam urusan ini. Tambah-tambah lagi bila diri sendiri belum berBM atau ada sentimen anti-BM. Penyakit ini amat bahaya dalam tarbiyyah usrah itu.
Pabila salah seorang ahli usrah cuba curhat tentang hasrtanya hendak berBM, usrahmates yang lain mula membuat muka atau lebih teruk lagi, meninggalkan liqo’ serta-merta. Dengan alasan ke toilet. Seolah-olah, menyampah benar dengan terminologi BM ini. Bukankah ia salah satu tangga dalam rukun amal kita?
Mungkinkah sikap ini lahir dari perasaan hasad kita terhadap usrahmates? Atau kerana kita sendiri memang ada pemikiran, kahwin ini melambatkan dakwah? Atau kerana kita takut, bila usrahmates kita sudah berBM, dia akan meninggalkan kita dan meluangkan lebih banyak masa dengan bakal suami/isteri? Atau mungkin kita sendiri memang ada perasaan anti-BM?
Kalau ada, cepat-cepatlah rawat.
BM Urusan Yang Mengubah Kehidupan
Ikhwah dan akhowat yang dirahmati Allah, ketahuilah bahawa urusan pernikahan ini adalah sebuah urusan yang sangat besar. Ia adalah turning point penting dalam perjalanan kehidupan seseorang manusia. Urusan yang besar ini tidaklah mudah untuk diurusi seorang diri. Perlunya sokongan dan dokongan daripada murobbi dan usrahmates yang katanya meyakini jalan dakwah ini.
Jika dibiarkan ikhwah/akhowat menanggung beban mengurus urusan BM seorang diri. Di mana letaknya rukun usrah yang kita war-warkan sebelum ini – taaruf, tafahum, takaful.
Benarkah Kahwin Melambatkan Dakwah?
Sebelum memutuskan untuk berBM, ana pernah bertanya beberapa orang qudama’ yang telah lama dalam dakwah tentang persoalan ini. Soalan ana jelas, “Macam mana nak tahu kita kahwin ni akan melambatkan dakwah, atau melajukan dakwah?”
Jawapan daripada para qudama’ yang ditanya ringkas tapi menjurus kepada maksud yang sama.
“Mana enta tahu kahwin tu akan melambatkan dakwah. Enta kahwin pun belum lagi.”
“Apa soalan enta tanya ni? Kalau dah rasa nak kahwin, dah cukup semua, kahwin je.”
“Mana ada neraca yang boleh ukur benda ni akhi. Enta BM je dulu. Lepas tu baru tahu.”
“As long as enta maintain dalam dakwah, BM ni pasti akan melajukan dakwah.”
Dengan tidak semena-mena, ana terus membuang jauh-jauh ungkapan yang ana pegang selama ini.
“Kalau kahwin melambatkan dakwah, jangan kahwin.”
Sebaliknya, ana gantikan dengan;
“Berkahwinlah. Sesungguhnya dengan berkahwin itu, kita mengamalkan sunnah dan menyelesaikan separuh dari agama. Termasuklah daripada agama itu ialah dakwah”

No comments:

Post a Comment