Monday, May 27, 2013

BM

BM...

Ia tidak semudah yang disangkakan. Sebuah perkahwinan bukan sekadar pertemuan 2 belahan pinang bagi memuaskan kehendak biologi mereka, atau menjadi perhiasan mereka semata-mata, tetapi ada matlamat yang lebih besar ingin tercapai. Ia sekadar hadaf (objektif), bukan ghoyah (matlamat akhir).

Sejarah telah membuktikan bahawa orang-orang hebat dalam dunia islam, semuanya lahir dari keluarga yang islami. Seorang mujaddid, tidak lahir dengan niat mereka semata-mata, tetapi bermula daripada niat seorang atuk, ataupun seorang ayah!

Lihatlah Hasan Al-Banna. Lihatlah Maududi. Lihatlah Sayyid Qutb. Mereka semua adalah insan-insan yang ibu bapa mereka sangat mementingkan tarbiyyah anak-anak mereka. Islam adalah matlamat hidup mereka dan keluarga mereka. Biah yang terhasil dalam rumah-rumah mereka menyebabkan mereka sangat takut untuk keluar dari rumah mereka, dan sangat merindui suasana, biah di rumah mereka setiap relung masa yang ada.

Tidak keluarga mereka menyerahkan sahaja anak-anak mereka untuk dibentuk, ditarbiyyah oleh sistem sekular negara. Juga mereka tidak menyerahkan anak-anak mereka bulat-bulat ditarbiyyah oleh ikhwah-ikhwah lain semata-mata. Tetapi pentarbiyyahan itu bermula seawal di rumah, sang ayah sebagai naqib mereka yang pertama dan utama.

Berkahwin bukan untuk nafsu, tetapi untuk lahirkan para mujaddid!




dari :  http://narawastuilmu.blogspot.ca/search/label/Ku%20Ingin%20Daki%20Tangga%20Amalan%20itu...%20Bantulah%20Daku...

No comments:

Post a Comment